View: 2376|Reply: 4
|
Daging Ayam Berbau, Putus Selera! Cuba Cara Ini
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Buat anda yang gemar makan menu berasaskan ayam, kadang kala selera macam tersekat bila dapati ayam yang dimasak seperti berbau kurang enak.
Ketika proses membersihkan daging ayam, ramai yang mencuba menggunakan elemen yang masam seperti limau atau air asam. Namun sebenarnya ia kurang sesuai kerana boleh mempengaruhi rasa daging ayam itu.
Mudah sahaja, memetik laman Vemale, hanya gunakan satu bahan iaitu minyak bijan.
Ia akan menghilangkan bau kurang enak pada ayam, namun dalam masa yang sama tidak mempengaruhi rasa daging ayam.
Caranya, renjiskan sedikit minyak bijan pada ayam yang bersih. Biarkan sebenatar agar bau hamis atau hanyir pada ayam hilang. Kemudian, masaklah mengikut menu pilihan anda!
Selamat mencuba! - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |
|
|
|
|
|
|
|
oh..tak pernah guna minyak bijan ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo: oh..tak pernah guna minyak bijan ni
kat kedai runcit india banyak...kat tesco pun ado |
|
|
|
|
|
|
|
lumur dengan tepung gandum, biarkan sebentar ,kemudian basuh bersih2, boleh juga menghilangkan bau hanyir ayam , kata orang tua2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|