|
Oleh Adib ZA
Anda mencari-cari lokasi menu bubur nasi yang sedap dan memenuhi selera anda? Ya lah, kadang-kadang bosan juga makan hidangan nasi putih biasa.
Kalau dapat makan bubur masa demam, bertambah lega dan selesa, kan. Jom apa lagi, singgah di gerai Faiqa yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam.
Ia menyediakan bubur nasi yang lengkap dengan hidangan sampingannya seperti ayam, kangkung ikan masin, sambal kering dan juga menu ala Korea! Memang menarik, sekali cuba pasti nak lagi.
Selain itu, di sini anda juga boleh mendapat sup merah gearbox dan sup merah bebola daging yang popular di Singapura. Selamat mencuba ya! - CARI Infonet
Alamat :
Gerai Faiqa
No 1, Ground Floor, Anjung 7, Seksyen 7, Shah Alam. Selangor
Masa Operasi :
3.00ptg - 9.00mlm.
No Tel :
017-6654605
Facebook :
https://www.facebook.com/FAIQA-124420034296929/timeline |
|