Oleh Izzah Abbasy
Kalau dulu nak resepi makanan atau minuman perlu berguru dahulu atau mesti membeli buku resepi untuk mempelajarinya.
Kini, tak susah lagi. Semuanya di hujung jari. Sana sini viral. Semudah ABC kan? Aiskrim Sumi Jelly ini juga masih panas-panas di laman Facebook.
Menjadi viral apabila ia bermula daripada saudari Haliza Lija memuatnaik reseipi ini di laman miliknya.
Kemudian menjadi trending apabila ia mendapat sambutan dan diminati ramai. Sekaligus, ramailah yang telah berkongsi apabila sudah atau menjadi membuat aiskrim ini.
Aiskrim 'Malaysia' dah berjaya diinovasikan. Orang perempuan sangat kreatif. Macam-macam idea resepi akan direkaciptakan. Betul tak? Berikut resepi aiskrim sumi jelly. Nanti bolehlah dihidangkan pada anak-anak atau suami tercinta ya! - CARI Infonet
Bahan-bahan
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air
3 paket sumi jelly
Secubit garam
Cara persediaan
1) Masak susu dan air sehingga mendidih dan sejukkan
2) Kemudian, pecahkan sumi dan masukkan dalam plastik
3) Tuang susu tadi
4) Dah siap simpan di tempat beku
Taraa... Aiskrim dah boleh makan dan dihidangkan untuk yang tersayang!
|