CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4627|Reply: 33

Korea Utara Arah Peluru Berpandu Siap Sedia

[Copy link]
Post time 4-3-2016 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: google image





Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, mengarahkan peluru berpandu negara itu bersiap sedia untuk dilancarkan pada bila-bila masa.




Dalam retorik terbaru berikutan persetujuan dicapai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersartu (PBB) yang mengenakan sekatan baru ketat ke atas Pyongyang.


"eledak peluru nuklear perlu diletakkan dalam keadaan bersiap sedia supaya boleh ditembak pada bila-bila masa," Kim dipetik sebagai berkata agensi berita KCNA.




Kim juga memberi amaran keadaan di semenanjung Korea menjadi sangat bahaya kerana Korea Utara perlu menukar strategi ketenteraannya kepada unit untuk melancarkan serangan awal. Sementara di Washington, Pentagon memandang ringan ancaman berkenaan.




Namun, katanya, tentera Amerika bersedia menangkis serangan jika perlu.- CARI Infonet


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2016 09:33 AM | Show all posts
sembang je nih





Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 09:38 AM | Show all posts

rambut dia kelakar dah mcm pokemon atau digimon
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 09:39 AM | Show all posts
the_killer replied at 4-3-2016 09:38 AM
rambut dia kelakar dah mcm pokemon atau digimon

dah la die paling gemuk ngan sinun.... rakyat depa kurus2 tak cukup makan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 09:41 AM | Show all posts
drama ke filem ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 09:55 AM | Show all posts
Mengkedarah biawak ke sampai gemuk sebegini rupa?  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2016 10:03 AM | Show all posts
zorrro_03 replied at 4-3-2016 09:55 AM
Mengkedarah biawak ke sampai gemuk sebegini rupa?




kesian rakyat die ko.... takleh sembunyi perasaan takut
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 10:13 AM | Show all posts
dino replied at 4-3-2016 10:03 AM
kesian rakyat die ko.... takleh sembunyi perasaan takut

Kan... Muka semua terkejut beruk.....  


Dan aku agak kalau rakyat bergambar dengan kakak rose kau sama je ketakutannya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2016 10:16 AM | Show all posts
zorrro_03 replied at 4-3-2016 10:13 AM
Kan... Muka semua terkejut beruk.....  

pakat cium kaki seme la kot.... koman2 dpt duit poket
btw sian ooo klau betul cerita org luar psl korea utara nih..... internet gomen je bleh access... tepon tarak.... kereta tarak..... bertani... idup ala kadar je....
btw how depa manage nak buat peluru berpandu bagai
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 10:20 AM | Show all posts
dino replied at 4-3-2016 10:16 AM
pakat cium kaki seme la kot.... koman2 dpt duit poket
btw sian ooo klau betul cerita org lu ...

Mungkin terlalu sedikit yang diketahui oleh dunia luar tentang kehidupan masyarakat di negara Republik Rakyat Demokratik Korea Utara. Seperti negara penganut ideologi komunis lain, negara Korea Utara ini pun cenderung menutup pintu terhadap dunia antarabangsa. Ini jelas jauh berbeza dengan saudaranya yang berada di selatan, Korea Selatan.
Meskipun selalu tersembunyi dari dari liputan dunia, tetapi sesetengah orang berjaya mendapatkan maklumat secara langsung tentang kehidupan masyarakat di Korea Utara. Salah seorang insan yang berjaya mencungkil rahsia Korea Utara adalah Ian Scot, seorang blogger yang berasal dari England yang berjaya menyusup masuk dan tinggal di Korea utara

Ada beberapa fakta unik dan aneh tentang kehidupan masyarakat di Korea Utara yang mungkin jarang diketahui oleh dunia luar. Bagi Ian Scot sendiri, fakta-fakta itu cukup membuatkannya terkejut. Perkara – perkara unik dan aneh di Korea Utara itu dipaparkan dibawah.

Di Korea Utara Tiada Orang Yang Bersiul
Masyarakat Korea Utara yang tidak boleh bersiul kerana bersiul adalah hal yang dianggap tabu di negara itu.

Tidak Boleh Menulis Menggunakan Dakwat Berwarna Merah
Dakwat merah di Korea Utara hanya boleh digunakan untuk menulis nama-nama orang yang sudah meninggal dunia

Ada saluran TV yang khusus menayangkan permainan Video Game
Ada sebuah saluran televisyen yang khusus menyiarkan sebuah permainan yang disebut dengan nama “Paduk” iaitu sebuah permainan yang mirip permainan catur. Selain itu ada saluran TV yang lain hanya menayangkan kegiatan para remaja bermain video game.

Tayangan iklan di TV lebih lama
Di Malaysia mahupun di negara lainnya, tempoh tayangan iklan di TV adalah lebih sedikit berbanding dengan tempoh rancangan utama. Tapi di Korea Utara adalah sebaliknya, tayangan komersial (iklan) adalah lebih panjang sehingga rancangan utamanya terasa hanya sebagai selingan.

Negara Dengan Banyak Loudspeaker
Hampir di sepanjang jalan terdapat banyak pembesar suara dengan volume maksimum mengiklankan berbagai produk dagangan. Dari bawang sehingga produk komputer.

Tidak Menggunakan Pisau
Di Korea Utara, tiada orang menggunakan pisau untuk memotong makanan seperti mi, sayuran, daging, dan sebagainya. Mereka menggunakan gunting panjang. Penggunaan gunting itu dapat dilihat semasa waktu makan di semua restoran di negara itu.


Tiada Kereta Buatan Jepun
Korea Utara menjadi satu-satunya negara yang tidak memiliki kereta buatan Jepun dan juga kereta buatan negara lain. Semua kereta harus buatan Korea Utara. Selain daripada itu, tidak akan dijumpai(c)pajamada@carigold


Nombor-Nombor Rumah Yang Membingungkan
Di banyak negara , penomboran rumah sebagai alamat biasanya dilakukan dengan urutan. Jika rumah anda bernombor 27 maka rumah di sebelah akan bernombor 28. Tetapi penomboran rumah secara berurutan seperti itu tidak berlaku di Korea Utara.
Rumah bernombor 1 adalah bersebelahan dengan rumah dengan nombor 88, sementara rumah dengan nombor 2 adalah berada di hujung jalan. Di Korea Utara, penomboran rumah adalah disesuaikan dengan usia rumah tersebut.
Rumah yang berusia paling tua yang terletak di sebuah jalan maka rumah itu akan diberi nombor 1. Rumah dengan nomor 2 adalah rumah yang dibina selepas rumah yang bernombor 1 tadi. Begitulah seterusnya.

North Korean Trafic Lady
Istilah Trafic Lady hanya ada di Korea Utara, khususnya di kota Pyongyang. Ini adalah kerana tiada lampu lalu-lintas (traffic light) di jalan kota itu sehinggakan di setiap persimpangan di tempatkan polis yang biasanya seorang wanita untuk mengganti tugas lampu lalu-lintas di jalan tersebut

Hari Minggu Dilarang Keluar
Setiap hari Minggu di Pyongyang, ibukota Korea Utara, kereta dilarang keluar ke jalan, hanya kenderaan tentera dan pegawai pemerintah yang dibenarkan. Alasannya adalah untuk mencegah pencemaran! Jalan raya (highway) di Korea Utara juga sangat lebar dan sepi sehingga pesawat boleh mendarat dijalan itu

credit to pajamada cari gold forum

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 11:02 AM | Show all posts
dino replied at 4-3-2016 10:16 AM
pakat cium kaki seme la kot.... koman2 dpt duit poket
btw sian ooo klau betul cerita org lu ...

Propaganda politik musuh korea. Saya rasa takkan lah bangsat sbg rakyat depa.  Cerita yg dipapar memang sedih.  Tapi saya rasa tak logik. Kalau nak ikutkan rakyat hidup ala kadar takde kereta naik basikal, kat negara kita tercinta ni pun apa kurangnya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 11:05 AM | Show all posts
zorrro_03 replied at 4-3-2016 11:02 AM
Propaganda politik musuh korea. Saya rasa takkan lah bangsat sbg rakyat depa.  Cerita yg dipapar m ...

takde la jalan kosong gitu..... sini jalan penuh kereta.... berhimpit ko pagi2 ade pernah baca.... korea utara ni bina bandar yg takde org duduk..... semata2 nak bg korea selatan yg maju tu jeles
sini kite selamba je kutuk bijan..... sana jgn hrp la dok penjara la jwbnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 11:05 AM | Show all posts
the_killer replied at 4-3-2016 10:20 AM
Mungkin terlalu sedikit yang diketahui oleh dunia luar tentang kehidupan masyarakat di negara Repu ...

ade lg cite menarik psl korea utara ni..... depa nak buat movie pun kena culik org luar
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 11:16 AM | Show all posts
cepatla perang.dok sabo ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 11:53 AM | Show all posts
dino replied at 4-3-2016 11:05 AM
takde la jalan kosong gitu..... sini jalan penuh kereta.... berhimpit ko pagi2 ade pernah baca.. ...

Kau kata selamba kutuk bijan. Cuba kau kutuk kak rose.  Pernah dengar ada orang kena sifor?  
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 11:55 AM | Show all posts
zorrro_03 replied at 4-3-2016 11:53 AM
Kau kata selamba kutuk bijan. Cuba kau kutuk kak rose.  Pernah dengar ada orang kena sifor?

kite bleh kutuk kat porum apa.... yg tu ngan family skali kena angkut.... ni yg aku baca klau benar la  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2016 11:59 AM | Show all posts
sebenarnya negara komunis macam north korea ni la jadi pujaan para lobai macai di malaysia

rumah free, makan free, hak kesamarataan
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 12:01 PM | Show all posts
dino replied at 4-3-2016 11:05 AM
takde la jalan kosong gitu..... sini jalan penuh kereta.... berhimpit ko pagi2 ade pernah baca.. ...

mamat tu main sembang je, macam la dia tau sangat keadaan di korea utara

propaganda musuh n.korea katanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 12:02 PM | Show all posts
Edited by perang_candu at 4-3-2016 12:03 PM
kemaruk replied at 4-3-2016 11:59 AM
sebenarnya negara komunis macam north korea ni la jadi pujaan para lobai macai di malaysia

rumah  ...

Diaorang tak tau ke, kat korea utara kerajaan yg tentukan harga rumah, harga milo ais, harga barang barang kat pasar.. rega barang mahal boleh ngadu kat kerajaan. salahkan menteri semua.. macam syurga tau.. tak macam kt mesia.

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 12:05 PM | Show all posts
kemaruk replied at 4-3-2016 11:59 AM
sebenarnya negara komunis macam north korea ni la jadi pujaan para lobai macai di malaysia

rumah  ...

yeke seme free..... konsepnya bila seme samarata.... takde istilah dengki... takde istilah ketuanan penangwin.... takde istilah kiasu penangwin.... tak gitu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.090493 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list