Berita baik untuk peminat sukan udara di pantai timur kerana kini anda boleh melakukan sukan ekstrem ini di Bukit Bubus.
Kota Putera Paragliding sudah pun di buka di Besut, Terengganu dan apa yang menarik disini, anda boleh terbang tinggi sekitar 300-540ft di awan biru sambil menerokai keindahan sekitar Bukit Bubus, Bukit Keluang dan melihat pantai membiru.
Disini juga turut menyediakan kemudahan latihan asas dan lanjutan sukan udara (paragliding & hang gliding). Apa tunggu lagi, jom terbang sambil beselfie! - CARI Infonet.
Lokasi : Bukit Bubus, Tembila, Besut
Bayaran : RM 100 (termasuk kenderaan ke puncak Bukit, Pakej Pinjaman GoPro)