Oleh Izzah Abbasy
Tak sempat nak masak? Letih selepas pulang kerja? Ala, janganlah macam begitu.
Rajin-rajinlah masak untuk seisi keluarga, banyak manfaatnya kan? Lagi seronok sebenarnya makan di rumah. Ia juga lebih jimat dan tidak membazir.
Jom cuba resepi Ayam Lemon Bersama Kentang yang sangat mudah ini. Yang tak pandai masak pun boleh jadi pandai. Apalagi, cepat masak!
Bahan-bahan
3 sudu minyak zaitun
6 ketul peha ayam
1 biji bawang holand (dihiris kasar)
2 ulas bawang putih (dicincang)
6 biji kentang (dihiris halus)
1 cawan air rebusan ayam
½ epal cider
2 sudu perahan lemon
Beberapa batang rosemery
Herba thyme
Garam & lada hitam
Bahan untuk hiasan
½ hirisan keju parmesan
6 – 10 hirisan lemon
Cara-cara penyediaan
1) Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
2) Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
3) Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
4) Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
5) Mula menggoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
6) Masukkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
7) Masukkan kentang dan taburkan garam dan lada hitam ke dalamnya.
8) Selepas itu, masukkan air rebusan ayam dan masukkan sedikit epal cider di dalam periuk.
9) Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
10) Biarkan sehingga mendidih dan masukkan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
11) Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
12) Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
13) Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.
Kalau tiada bahan-bahan yang susah-susah tu, anda gunakan mana yang ada saja. Hasilnya tetap sama dan sedap. Main campak-campak pun rasanya dah pun menjilat jari dibuatnya. Memang mudah dan menyelarakan. Selamat mencuba! - CARI Infonet
Kredit : Hasanuva |