CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3095|Reply: 5

Meleleh Air Liur, Mee Kari 'Letop'

[Copy link]
Post time 8-3-2016 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA






Petang-petang waktu hujan, teringin pula mee kari yang hangat dan juga pedas.


Ditambah dengan sambalnya yang meletop, pasti membuatkan mee kari anda lebih meriah dan sedap.


Jom ikuti resepi yang dipetik dari Blog Moirisaid ini:


Bahan-bahannya:
1 paket mee di celur dan ditoskan
4 biji telur yang di rebus dan dikupaskan kulitnya
Isi ayam yang di potong dadu
5 keping tahu kering di potong kecil
1/2 paket fishball di belah dua
1 biji telur
1 biji cili merah di hiris kasar
1 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Santan pekat
Garam secukup rasa


Bahan untuk menumis
3 biji bawang putih dihiris nipis
3 biji bawang merah kecil dihiris nipis
1/2 inci halia dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih


Bahan yang di kisar
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1/2 inci halia
(dikisar kesemua bahan ini sehingga halus)
2 sudu makan serbuk kari ayam
1 sudu makan cili kisar
(satukan serbuk kari, cili kisar bersama bahan yang dikisar tadi)


Cara-caranya:
1.   Panaskan periuk atau kuali dan isi kan minyak masak.
2.   Tumiskan bahan menumis sehingga terbit bau wangi.
3.   Masukkan bahan yang dikisar bersama serbuk kari dan cili kisar tadi.
Masak sehingga pecah minyak.
4.   Masukkan air asam jawa dan juga air yang secukupnya.  Biarkan mendidih.
5.   Masukkan isi ayam biarkan seketika.  Masukkan tahu kering, fishball, cili hiris dan gaul rata.
Biarkan ianya mendidih seketika.  
6.   Pecah kan sebiji telur ke dalam kuah.  Kacau perlahan dan biarkan mendidih sebentar.
7.   Masukkan santan pekat ikut kesukaan kita.  Gaul rata dan biarkan mendidih sebentar.
8.   Masukkan sayur sawi dan juga garam secukup rasa.  Perasakan.  
9.   Boleh di hidang kan bersama mee yang telah dicelur tadi bersama telur rebus - CARI Infonet




Sumber resipi: Blog Moirisaid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2016 04:07 PM | Show all posts
Makan time hujan , nikmat yg tak terhingga dengan Kopi O panas..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 11:43 AM | Show all posts
ada kerang lagilah mengancam
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 12:01 PM | Show all posts
tula..ade kerang lagi sedap..mase kecik2 dulu mak buat mee kari x bubuh kerang sekali..kerang tu tumis pedas,bila nk mkn,br masukkan sambal kerang tu,fuhhh terangkat
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 12:07 PM | Show all posts
biasanya kerang tu saya rebus separuh masak
kopek dan bila nk mkn mee rebus letakkan je dlm mangkok
kerang kalau dicampur dgn kuah karinya nnt jd kecut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 05:38 PM | Show all posts
sedapnyer. nnt nk suh mak masak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.037905 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list