|
sumber foto: http://www.sinarharian.com.my/
Pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei tersingkir daripada Kejohanan Seluruh England selepas tewas mengejut kepada B Sai Praneeth dari India di pusingan pertama di Barclaycard Arena, Birmingham awal pagi Khamis.
Chong Wei yang juga pemain nombor dua dunia yang memburu kejuaraan keempat di kejohanan ini selepas menjuarainya pada 2010, 2011 dan 2014, tewas 22-24, 20-22 kepada lawan yang berada 32 tangga di bawahnya dalam ranking dunia.
Kekalahan Chong Wei yang juga pilihan kedua bagi edisi kali ini, turut menyaksikan rekod cemerlang beliau di kejohanan Seluruh England sejak 2009 hingga 2014 yang tidak pernah gagal mara ke final, berakhir.
Chong Wei, 33, tidak beraksi di Seluruh England tahun lalu kerana menjalani penggantungan lapan bulan akibat kesalahan doping ketika itu.- CARI Infonet
|
|