Oleh Adib ZA
Sejak minggu lalu, menjadi viral di laman sosial apabila video yang menunjukkan berlakunya perang mulut yang berlaku antara jiran tetangga.
Tak tahu di mana lokasi dan apakah puncanya, namun pergaduhan antara seorang remaja perempuan dan isteri seseorang itu, begitu memberi kesan kepada masyarakat.
Masakan tidak, sudahlah kini hidup berjiran dilihat semakin renggang tiada bertegur siapa, tiba-tiba pula ia 'meletop' bagaikan bom jangka. Pergaduhan walaupun hanya melibatkan perang lidah sudah cukup mengejutkan masyarakat.
Ini sekaligus menunjukkan betapa institusi kejiranan yang sangat longgar pada hari ini. Malah, ia dikaitkan dengan faktor jiran tetangga lelaki yang kurang beretika dan bersikap kurang manis ketika melalui proses 'eye contact' dengan jiran wanita.
Perkara ini pula menyebabkan semakin ramai yang sakit hati, terluka dan akhirnya berlaku percakaran sesama jiran tetangga.
Kini, muncul pula video 'troll' yang seolah meniru situasi amukan itu. Meskipun dilakukan suka-suka, namun ia sekaligus menunjukkan sudah berapa jauhnya institusi kejiranan ini berada di bawah sana.
Namun, harus diingat walaupun video troll itu dilakukan dengan tujuan sebagai lawak dan hiburan, ia mampu membuka mata lebih ramai orang untuk kembali mengukuhkan hubungan antara sesama jiran. Elakkan pergaduhan, bercakaran dan juga kembalikan semula kemanisan dalam hubungan kejiranan ini.
Buat mana-mana yang telah terguris, bincang semula sebaiknya dan buanglah yang keruh. Masih belum terlambat untuk memulihkan ia kembali, setuju? - CARI Infonet |