CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26194|Reply: 187

Muazrin Mustapha fitnah Diana Danielle halau pelajar tahfiz jual barang

[Copy link]
Post time 16-3-2016 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maxim at 16-3-2016 10:31 AM

Diana Danielle Perjelas Fitnah Halau Pelajar Tahfiz Jual Barang Anak Yatim

Kalau sudah namanya selebriti popular, pergi ke mana pun pasti menjadi perhatian dan kadang kala tindak tanduk sekecil mana pun akan dikaji oleh peminat di luar sana — pastinya ada sekali dua disalah erti oleh orang luar yang kurang memahami.

Terbaru, Diana Danielle telah menjawab fitnah yang melanda dirinya oleh seorang pengguna Facebook. Pengguna Facebook dengan nama Muazrin Mustapha mendakwa terlihat pelakon itu menghalau pelajar tahfiz yang mahu menjual barang kepadanya.

Namun, melalui tulisan di Instagram hari ini Diana Danielle tampil memberikan penjelasan atas apa sebenarnya yang berlaku. Beliau mendakwa memang tidak membeli apa apa dari pelajar tersebut namun telah memberikan sedekah wang tunai.


“Sakitnya hati bila difitnah secara halus macam ni. Awak tak berada dekat dengan saya, berani awak membuat conclusion dari jauh. Masa student tu datang dekat saya nak jual barang utk tujuan nak bagi pada anak yatim, saya telah menghulurkan sedekah dan saya kata tak apa saya tak nak beli barang ni, cukuplah dgn sedekah”

“Pelajar tu pula reply ‘terima kasih, semoga murah rezeki, saya jual ya’ dan dia beredar. Selepas dia beredar tu, saya pandang rakan saya dan tanya dia balik ‘jual apa? Kita tak ambik apa2 kan?'”

“Dan itu saja yg kami kata. Tang mana yang saya perlekehkan dia? Saya bukan seperti itu. Saya dah maafkan awak dan saya harap awak jgnlah buat status seperti ini lagi,” tulis Diana Danielle panjang lebar menjawab dakwaan lelaki itu.
Itulah lain kali jangan pandai pandai rakam gambar curi selebriti kemudian muat naik cerita yang tidak kena hujung pangkal. Nasib baik Diana Danielle pemaaf orangnya. (rtky/m)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 09:43 AM | Show all posts
ambik gambar dr jauh, sah2 x dgr ape yg diorg bualkan,based on body gestures, buat assumption,pastu viral kan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa macam maksum sangat lewtew bila boleh viralkan pasal keburukan orang..
Puii la...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:48 AM | Show all posts
kan dah termalu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:50 AM | Show all posts
bangga la dpt viral kan

byk likeeee...ko hade kata nya??

x boleh blah bila ARTIS DUNIA AKHIR ZAMAN...ade ke artis dunia awal zaman?

aku bukan la pemenat DD tp ko captured dr jauh bajet ko dgr sume yg diorg bualkn?

lg 1 ayat x leh blah pemviral ni "jgn keji..amik iktibar.....bukan nak malukan dia....bla bla bla" tp dgn bangang (eh bangga) gi uplod bagai
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:53 AM | Show all posts
yehhhhhh dah femes.. dah viral....



.

.

.

blerghhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2016 09:55 AM | Show all posts
siap ade Allahuallam bissawab lagik... tapi dok mempitnah.... menjawab la ko disana....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:59 AM | Show all posts
hahahaha.....ksian org yg fitnah dia tu. padan muka!! skg ko yg termalu kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 09:59 AM | Show all posts
kt status dh bantai kaw2 lepas tu boleh plak kate "jgn keji..amik iktibar.....bukan nak malukan dia" DH DOK TEPEK GAMBA DIE TERANG2 LG BUKAN UTK MALU KAN DIE?????klu niat baik lu pergi tegor face to face larh..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 10:02 AM | Show all posts
mesti ramai tetiba add friend dak Muazrin ni

macam si hafiz yang smule dengan rozylicious tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni la spesis aku paling benci. Bajet2 Ustat ustazah internet. Dalam kepala dia dok kira dosa pahala orang. Diri sendiri pun act of kindness nan hado.


Go DD..org yg tak pakai tudung/retis tak bermakna dia tak gheti bab2 charity. Peace yo!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 10:05 AM | Show all posts
nak glamer cepat budak ni.. tuduh melulu.. tak takut ke kalau diri sendiri kena tegur dengan empunya diri yang difitnah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 10:05 AM | Show all posts
Sedangakn orang biasa pun x beli apatah lagi bagi sedekah kat budak2 tahfiz ni sebab dah terlalu banyak sangat kes menipu, what do u expect from retis? Lebih2 lagi DD yg dah lama xde job..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni spesis jantan kepochi. Lelaki bila kepoh lagi teruk dari pompuan. Sure kaki mengumpat gak ni. Nampak sangat kepoh
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
So Muazrin ni malaikat ke chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 10:09 AM | Show all posts
nak soh org amik iktibar, tak payahlah letak gambo
bior je jadi pertanyaan sapekah retis itu
ni dah nyata mengaibkan org tu sesambil soh org yg lain amik iktibar


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 10:19 AM | Show all posts
semua benda pun nak viral sekarang ni..fitnah pulak tu.ish2.dapat dosa kering je bila org duk share dan komen2
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 10:19 AM | Show all posts
macam2  
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dengar ke DD perlekehkan budak tu.. Ntah2 DD mmg tgh ade seriius discussion sebelum budak tu datang... Atau penyebar ni buat penilaian semata2 sbb DD x derma.
Xyah ckp retis la, pak mertua aku kalau nampak bebudak mintak derma dia akan tanya budak tu nak makan/minum ke x? Dia xkan bagi cash.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 10:23 AM | Show all posts
kesian dd. mmg iols anti sgt spesis2 camni kt FB tau nak carik salah org je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.060406 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list