CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6292|Reply: 51

[Tempatan] Lepas ada kematian, rekaan bangunan Putrajaya 'akan' dikaji

[Copy link]
Post time 23-3-2016 07:10 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Perbadanan Putrajaya diminta mengkaji semula reka bentuk bangunan bertingkatnya selepas mendapati kebanyakan kes kanak-kanak terjatuh dari bangunan perumahan dilaporkan berlaku di Putrajaya.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim agar ia dapat menjamin keselamatan penghuninya.

“Saya rasa sudah tiba masanya, Perbadanan Putrajaya untuk memikirkan cara terbaik sama ada untuk menutup semua balkoni atau sebaliknya.

“Saya tak tahulah nilai estetik ke apa nilai itu, nak cantik ke nak selamat ke,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dialog Kebangsaan Ke Arah Meningkatkan Penyertaan Sosial Dalam Dasar Awam di Malaysia di sini, hari ini.

Rohani berkata demikian ketika mengulas insiden seorang kanak-kanak, berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14, Kuarters Kerajaan 5R4, Putrajaya kelmarin.

Mangsa, Muhammad Hafiey Qayyum Mohd. Syazwan ditinggalkan berseorangan apabila bapa mangsa, Mohd. Syazwan Sukri, 29 menghantar ibunya, Nurul Farhana Mahamood, 29, ke tempat kerja di Presint 3.

Perbadanan Putrajaya juga diminta bertemu dan berbincang dengan penduduk mengenai isu-isu keselamatan.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam sikap ibu bapa mangsa yang cuai, bertindak meninggalkankanak-kanak itu berseorangan tanpa pengawasan.

Kementeriannya juga akan membentangkan kertas kerja di Parlimen bagi memindahkan Rang Undang-undang Kanak-kanak (Pindaan ) 2015 sedia ada termasuk meningkatkan tempoh pemenjaraan kepada 20 tahun berbanding dua tahun ketika ini, dan jumlah denda dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM50,000 atau kedua-duanya bagi kes-kes melibatkan kecuaian dengan membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan.

“Pada masa yang sama kita juga mengesyorkan Perintah Khidmat Masyarakat dimasukkan sebagai hukuman tambahan serta dijadikan mandatori,” katanya.

Pindaan itu kata Rohani, bukanlah untuk menghukum mana-mana pihak tetapi lebih bersifat pemulihan untuk menangani insiden-insiden seumpama itu tidak berulang lagi.

“Nanti selepas pindaan rang undang-undang diluluskan dan bila kita mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa, jangan ada pula orang ramai yang marah-marah kerajaan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2016 07:31 AM | Show all posts
nak buat style rumah pprt ka
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 07:47 AM | Show all posts
rekaan rumah putrajaya tak selamat kaa......sebab cuai...rekaan umah plak disalahkan....hihkhihkhihkkk
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 07:58 AM | Show all posts
sape sudi tempek gmbar2 desing rumah di putrajaya yg penah ade kes kanak2 jatuh?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde kaitan dengan design la.... wajibkan pemasangan grill kat smua tingkap n balkoni.. saper tak pasang ambik la tindakan atas dasar safety. Tak pon wajibkan pemaju pasang siap2 sebelum serah kunci....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 08:12 AM | Show all posts
debab_78 replied at 23-3-2016 08:05 AM
Takde kaitan dengan design la.... wajibkan pemasangan grill kat smua tingkap n balkoni.. saper tak p ...

masalah design laa tu...... skrg kena pasang jeriji  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2016 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan masalah design.....masalah mak bapak yg xreti jaga anak.....ummah lain dok apartment juga....lagi bahaya balkoni nya  akak lihat....aman2 jah anak mereka bermain....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 08:18 AM | Show all posts
nak tgk design

btw, akak rasa design sekolah pun kena revised balikla, tang balcony tu..byk gak kes budak jatuh kan..tinggi kan sikit ke..letak safety grille ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2016 08:21 AM | Show all posts
Edited by ikmanurz at 23-3-2016 08:22 AM

rasanya semua kuarters gomen dah siap pasang grill. budak tu pipih sangat kot boleh lepas grill macam tu.. kredit : wassup

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 08:21 AM | Show all posts
bina bangunan supaya senang budak2 jatuh..?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak bodohkan sikap mak bapa yg cuai tinggalkan anak usia mcm tu berseorangan di rumah. Apa masalah ko bawa anak tu sekali masa ko ngantar bini ko keje???:
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Masaalah rekabentuk ka masalah kebodohan diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 08:30 AM | Show all posts
jgn pasni bila da rasa semakin selamat ramai pulak
parents tinggalkan ank2 sendiri kat umah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 08:31 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 23-3-2016 08:28 AM
Masaalah rekabentuk ka masalah kebodohan diri sendiri

senang citer x payah beranak la kalu x reti nak jaga..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 23-3-2016 12:31 AM
senang citer x payah beranak la kalu x reti nak jaga..

Itula yang sebenarnya.kalau rasa x mampu jangan beranak.seksaited sangat sampai jadi selfish.Coiii sangat lah dek salad
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 08:34 AM | Show all posts
Kementeriannya juga akan membentangkan kertas kerja di Parlimen bagi memindahkan Rang Undang-undang Kanak-kanak (Pindaan ) 2015 sedia ada termasuk meningkatkan tempoh pemenjaraan kepada 20 tahun berbanding dua tahun ketika ini, dan jumlah denda dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM50,000 atau kedua-duanya bagi kes-kes melibatkan kecuaian dengan membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan.

da ada ker parents yg da kena tindakan undang2 kat malaysia ni sbb cuai.
sbb rasanya da byk kes kecuaian parents ni kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2016 08:34 AM | Show all posts
kondo mewah xde pun masalah terjatuh../.ada balkoni jugak
melainkan kes bunuh diri..dibunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 08:35 AM | Show all posts
adakah harga apartmen dan flkat akan jatuh merudndum?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 08:38 AM | Show all posts
bagi aku kalo ada balkoni pastu ko taruk gril serupa laa cam ko takde balkoni...negara lain pun byk je umah berbalkoni tp takde plak smp nak gril sume...ni sume didikan parents bkn design
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 08:42 AM | Show all posts
ataupun melayu tak biasa duduk condo?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.160111 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list