England: Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun mati selepas mainan bouncy castle meletup di satu pusat hiburan.
Seorang lelaki dan juga wanita ditahan atas kesalahan cuai dalam kes itu.
Sebelum itu, pihak kecemasan menerima panggilan pada jam 4 petang selepas ada laporan kecederaan serius selepas sebuah 'bouncy castle' dilaporkan meletup dan terbang setinggi 150 meter.
Menurut orang ramai, ia disebabkan oleh angin yang bertiup dan mainan yang tidak dijaga dengan baik. -CARI Infonet.
Kesiannye budak ni. Selalu gak anak anak mintak nak main bendalah ni tapi xpenah bagi cos risau kena tolak bebudak laki yang ganas giler main. Alih2 ada yang meletup ek. Bahaya betul.
time umo aku 28taun...merasa laa jugak main benda ni..badan kecik, tinggi lebih kurang adik ipar aku yg darjah 5... dapat la main sama...
suami aku jenis badan besar. suami cerita masa kitaorg sibuk main...dia dh penat berdiri konon nak duduk, dia pon duduk la dekat belon yg mcm nampak kukuh sbb dia nmpak ade pasangan suami isteri nih dpt duduk atas belon tu, sekali labuh kan bontot, teros penyek, dia pon tergolek....malu terus carik kerusi...
-main pd waktu malam, jd xde la orang perasan sgt-
benda ni mengembang ngan alat blower tu.. x pasti la camne boleh meletup.. mungkin tekanan atau benda ni dah expired x cukup nak tampung udara dalam tu.
menurut pengalaman aku.. dulu masa benda ni baru2 kat tempat aku, mmg sakai abis la.. bebudak melompat, yang dewasa duduk jer.. then tetiba benda tu mengempis.. mmg bahaya.. boleh putus nyawa rasanya kalau benda tu mengempis.. bayangkan korang nak bangun pun x boleh sebab kaki tak support..
lagi 1, benda ni mmg ada saiz dan had umur. kalau untuk dewasa saiz besar la kan. jgn nak memandai join yg utk bebudak tu..
boleh je.. tp main yg untuk dewasa la..
klu kat sini, benda ni bleh sewa utk sekian waktu.. 6jam/12jam/24jam.. best la naik main sampai pengsan..tambah2 lagi yang pool slides..