Periuk nasi kini bukan sahaja digunakan untuk menanak nasi.
Ia boleh juga digunakan untuk menyediakan pelbagai jenis resipi mudah dan enak. Seperti yang dipaparkan di bawah, anda boleh menyediakan nasi goreng semudah ABC dengan hanya menggunakan periuk nasi.
Tonton video di bawah;
Bahan-bahan:
2 cawan beras
2 1/2 cawan air
3 sudu minyak masak
1 cawan sayur campur
1 sudu kicap
sedikit garam
Cara-caranya:
Campurkan semua bahan dalam periuk nasi.
Kemudian biarkan nasi tadi masak.
Nah, sudah siap! Rasanya memang 'sebiji' nasi goreng. Selamat mencuba. - CARI Infonet
kat hostel dlu selalu dah bt cam ni.. tapi dgn syarat air tanak tu kena bancuh dgn serbuk nasi goreng atau perencha nasi goreng. akan sama gak rasanya, cuma sayur tak advisable masuk masa nak tanak, patut masa dah nak masak tu baru masuk. kalau tak layu sgt