Menyediakan ruang tidur yang terbaik untuk yang tersayang amatlah penting, ia juga adalah memberi anak anda keselesaan yang membantu tumbesaran si manja.
Sebagai ibu bapa yang prihatin dan peka, pastinya anda pening untuk memilih katil terbaik anak anda.
Sebelum anda pilih katil untuk bayi anda,
: ketahuilah secara purata katil bayi digunakan untuk jangka masa setahun dan ia berbeza dari masa ke semasa untuk keselesaan bayi anda.
Bila harus anda beli?
Ramai yang membeli ketika bayi masih lagi didalam kandungan dan juga ada yang membeli bermula dari third semester.
Sebaiknya, apabila anda mengetahui jantina bayi anda, ia waktu terbaik untuk dapatkan katil bayi anda.
Cara memilih katil bayi
1. Tentukan bajet anda
2. Pilih jenis katil yang tidak bercirikan toksik
3. Senang dipasang dan dibuka
4. Mempunyai ciri pengubahsuaian
5. Tidak terlalu berat atau terlalu ringan
6. Mempunyai laras untuk tilam (boleh ditinggikan dan juga direndahkan)
7. Sisi katil yang selamat digigit oleh bayi (tidak tajam)