|
Edited by barfi at 29-3-2016 09:47 AM
DIRISIK LELAKI MISTERI - MAYA KARIN RASA PELIK, TAKUT
"Apa yang boleh saya katakan, mengabaikannya adalah tindakan paling wajar harus saya buat kerana saya langsung tidak mengenali tuan empunya diri dan bimbang akan mendatang ancaman bahaya pada diri saya kelak," demikian kata Maya Karin yang dirisik lelaki misteri baru-baru ini ketika sedang bercuti di Jerman.
Kata pelakon itu, dia menerima risikan daripada lelaki tersebut yang telah menemui ibunya seminggu lalu di Sungai Pencala dengan hanya membawa sebentuk cincin.
"Saat diberitahu ibu ada lelaki datang memberi hadiah sebentuk cincin untuk melamar, bulu roma saya terus meremang. Yalah, saya sifatkan lelaki itu seorang yang pelik dan berani kerana terus berjumpa dengan ibu saya, namun saya langsung tidak mengenalinya," tambah Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 37, dipetik sebagai berkata.
Cincin tersebut masih berada dalam simpanan ibunya dan Maya berhasrat untuk mengabaikannya kerana bimbang dengan bahaya.
Bagi Maya, seseorang yang tidak dikenali sanggup melamar dengan membawa sebentuk cincin, ia menggambarkan sesuatu yang pelik selain amat menakutkan.
Untuk rekod, Maya pernah berkahwin dengan Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah pada 14 Ogos 2008 di Itali dan disahkan bercerai talak satu pada 16 Julai 2010.
KREDIT TO MYARTIS.COM
|
|