"Saya mahu bersara selepas kahwin," kata penyanyi dan juga pelakon popular sekitar era 80an, Raja Ema.
"Sebenarnya saya merancang untuk berkahwin, namun saya akan umumkan bila sampai masanya nanti. Saya berharap agar semua mendoakan perancangan saya ini. Jadi sebab itulah saya rasa nak bersara selain fokus pada perniagaan.
"Projek 2016 pula saya lebih menumpukan kepada perniagaan sekarang iaitu menjual produk kesihatan dan kecantikan diri," tambahnya.
Mengenai penampilannya yang makin menawan, langsing dan nampak muda... katanya jika dulu dia mempunyai plus size namun sekarang dia sudah di fasa yang kurus.
“Berat badan sekarang 67 kilogram, tapi saya mahu dapatkan target sekitar 65 kilogram pula. Untuk menurunkan berat badan semestinya saya menjaga cara pemakanan yang sihat selain mengamalkan produk sendiri.
“Saya juga ada menggunakan korset untuk menjaga pemakanan harian supaya tidak terlalu makan banyak. Secara tidak langsung akan mempengaruhi penurunan berat badan dan dapat hasil sekarang," jelasnya kepada MH Online.
Untuk rekod, Raja Ema pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Sheqal dan dikurnikan dua orang anak iaitu Putera Ammar, 21, dan Putera Al Kashah, 19.
pelik betul artis sorang ni.. time muda muda dulu sibuk tak nak jaga badan. dah macam badan mak dia dah.. bila dah tua macam ni baru ingat nak kuruskan bada.. ke sebab dah cerai baru ingat nak kuruskan badan?
tapi dia memang kurus la.. jeles iols
i suka raja ema ni..suara she unik...dah tua2 pun suara mcm budak remaje..
kawin la raja ema.. jgn lps ni tetiba keluar belakon pula
berlakon balik tu org tau la sebab ape kan
retis :
bila kawin ---> umum nk bsara sb nk tumpukan phatian kat laki n anak.
mse dh bsara ---> cakap rindu sgttttt nk menyanyi/blakon etc..
bila cerai ---> umum nk bgiat balik dalam industri.
bila dh giat balik dlm industri--->mse ni penampilan akan jd mcm tak ingat mati, udah kertu feeling2 muda remaja n pakaian hazabedah.. then dh laku, kawin balik. then umum balik nk bsara dari industri.
uols listkan sendiri lah retis mana yg mcm ni.. ramai je khennn