CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14967|Reply: 148

Dato Rosyam mengimbau sejarah silam... tacing!

[Copy link]
Post time 13-4-2016 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by rania_maira at 13-4-2016 02:06 PM

KUALA LUMPUR: Penerbit drama, Datuk Rosyam Nor berkata, desakan hidupnya sebagai seorang anak setinggan memaksa dia dan keluarga berkongsi sebatang berus gigi selain sumber makanan yang terhad.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 49, berkata, dia dan keluarga juga berkongsi selimut, tuala mandi dan memakai kain sarung daripada guni.

“Pernah anda bayangkan bagaimana sulitnya kehidupan kami sebagai anak setinggan ketika itu? Realitinya, itulah yang kami sekeluarga lalui. Selain berkongsi sebatang berus gigi dan selimut, kami juga menggunakan kain karung guni selain turut berkongsi sehelai tuala mandi.

“Paling meruntun hati saya sehingga sekarang saat melihat sendiri bagaimana emak mengambil upah membasuh baju-baju jiran berbangsa Cina dan India dengan upah yang tidak seberapa demi menampung perbelanjaan kami sekeluarga,” ujarnya sebak.

Rosyam mengimbas detik-detik sukar kehidupannya yang lahir di perkampungan setinggan di Bangsar, dekat sini sebelum meraih kejayaan seperti hari ini.

Pengalaman itu adalah sebahagain daripada kisahnya yang terkandung dalam buku biografinya berjudul 'Impian Jutawan Budak Setinggan' yang dilancarkan di Paparich Nexus Bangsar, di sini, Selasa.

Rosyam berkata, buku yang bersifat motivasi itu adalah sebuah karya perkongsiannya untuk masyarakat agar tidak mudah ampuh dengan segala permasalahan hidup sebaliknya terus bangkit mencipta kejayaan.

“Kalau diikutkan, dari 10 tahun lepas lagi saya sudah berniat mahu menulis (buku) tetapi tiada kepakaran. Sehingga diberi peluang untuk mencoret di sebuah ruang khas di dalam sebuah akhbar, saya mula belajar menulis sehingga lahirnya karya ini.

“Saya pasti tidak ramai yang tahu di sebalik kejayaan dan populariti insan bernama Rosyam Nor hari ini, suatu ketika dia pernah bergelar anak setinggan yang sangat daif hidupnya.

"Jadi buku inilah yang akan menvisualkan perjalanan hidup saya. Bukan meraih simpati, tetapi sebagai perkongsian motivasi,” katanya.

Kata Rosyam, dengan pelancaran buku tersebut, syarikatnya iaitu Suhan Movie Production kini melangkah ke satu cabang perniagaan baru dalam dunia penerbitan iaitu Suhan Publication di mana buku itu menjadi karya terawal dilancarkan sebelum 20 buah karya lain menyusul.

Buku yang mengandungi 200 muka surat itu sudah dipasarkan di semua cawangan MPH, EMAG Book Distributors dan Hasani Book Store dengan harga RM24.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM26.90 Sabah & Sarawak.

Bagi yang berminat menjana pendapatan sebagai ejen jualan buku secara dalam talian, boleh layari Facebook dan Instagram rasmi, Suhan Publication atau email ke [email protected]

( Credit to: mstaronline )

------------------------------------------------------------------------------

Jom ramai2 pi dptkn buku Dato Rosyam segera!!

Off topic skit.. beliau ni mmg x nmpk berusia lgsg kan.. smart je.. rindu plak nk tgk beliau blakon.. esp dgn eja.. gandingan yg plg meols suke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam baru tgk film syam nor dgn saleh yakob....pasal ayam exercise atas meja tu.....sedap jugak tgk sham nor masa muda
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 02:32 PM | Show all posts
minat dia since KL menjerit
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Promote je sebenarnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2016 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
revolusi_30 replied at 13-4-2016 02:29 PM
Semalam baru tgk film syam nor dgn saleh yakob....pasal ayam exercise atas meja tu.....sedap jugak t ...

Die dlu kan satu fenomena.. ms muda2 x la hensem sgt.. dlm awal 30 an cmtu kot bru aura dia mai.. skrg pn still kendu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2016 03:13 PM | Show all posts
buang duit je beli buku dia nih...bukan tokoh apa pun...just pelakon picisan jagoh kampung yg tak reti hinggeris...bakat lakonan pun stereotype aje...berlakon kalau watak yg bernama ala2 remaja ir rayyan,daniel dan seangkatan dgnnya tu,serah kat hero tua ni...dia mmg hebat
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 03:14 PM | Show all posts
buku tu kalu kasi free kat den, nak tau den buat apa kat buku tu??? den siat setiap page then buat bungkus belachannn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 03:17 PM | Show all posts
so u think u dah cukup hebat ke siap nak ada buku??? kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 03:29 PM | Show all posts
kebanyakkan watak dia nmpk mcm x kena, mcm susah jer dia nak realisasikan watak tu..
tp drama raya 'daun ketupat kering' mmg touching..
cuma x dinafikan kekadang filem dan drama lakonan dia mmg meletops!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenahMontanah at 13-4-2016 03:38 PM
MH37O replied at 13-4-2016 03:14 PM
buku tu kalu kasi free kat den, nak tau den buat apa kat buku tu??? den siat setiap page then buat b ...


Manusia bangsat mcm ko mmg x layak nk baca buku pape pun! Semua benda ko nk kutuk..kt real life aku x dpt bayang betapa losernya diri ko
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
MH37O replied at 13-4-2016 03:14 PM
buku tu kalu kasi free kat den, nak tau den buat apa kat buku tu??? den siat setiap page then buat b ...

Agak kasar ayat tu. Biar berlapik sikit kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 03:41 PM | Show all posts
filem gile2 remaja berlakon dengan cousin dia faizal Hussein tu antap

jambus giler RS time tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 03:43 PM | Show all posts
SenahMontanah replied at 13-4-2016 07:34 AM
Manusia bangsat mcm ko mmg x layak nk baca buku pape pun! Semua benda ko nk kutuk..kt real life  ...

oh anjing ni lagi...kesian ko memerlukan attention dari aku ke? hanjing2
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 03:44 PM | Show all posts
tranamar replied at 13-4-2016 07:40 AM
Agak kasar ayat tu. Biar berlapik sikit kot

den telus...tak main lapik2...

kata org, pujian boleh membunuh...kutukan boleh membina..so harap2 dia baca den improve lakonan tu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 03:45 PM | Show all posts
oklah keluar buku inspiring macam ni... dah wartawan taknak tulis kan... baik keluar buku sendiri je...
cuma jangan keluar buku ala kris dayanti sudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 03:45 PM | Show all posts
anjing kurap ni kat mana aku ada, kat situ dia ada....mesti takde org nak kat dia..tu yg suka ngendeng2 kat org... andartu tak laku @SenahMontanah
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 03:53 PM | Show all posts
ko rosyam...takde apa yg boleh org banggakan...lakonan? hmmm gred C... cuma ada sikit la, ko kuat kerja...tu je...tapi org lain pun kuat kerja n berjaya jugak dlm bidang masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 04:01 PM | Show all posts
setinggan si legau ni blkg rumah gua je kt kg kerinchi dlu, dekat2 je ng rmah awie wktu tu...
spe dok stinggan situ mmg tahap kemiskinan tegar, alhamdulillah semuanya ade yg dh menaik tarak kehidupan, dan ada yg dipindahkan kat flat angkasa dan flat2 berdekatan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 13-4-2016 03:29 PM
kebanyakkan watak dia nmpk mcm x kena, mcm susah jer dia nak realisasikan watak tu..
tp drama raya  ...

Kan...especially bawa watak nama DANISH!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.047714 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list