Oleh Izzah Abbasy
Musim panas ini semua tempat kalau boleh nak letak pendingin hawa atau 'aircond'. Kipas angin banyak-banyak keliling rumah pun tak boleh sejukkan badan kan?
Jadi, akhirnya mandilah berpuluh kali sehari. Tetapi, kenapalah nak pening-pening sebab panas kan?
Cuba cara seperti ini. Bukan susah pun. Hanya perlu sediakan, ais, bekas simpanan ais, corong atau batang paip dan kipas.
Tebukkan tiga lubang pada kotak simpanan ais dan letakkan batang paip tadi. Pastikan kerat mengikut saiz yang diinginkan.
Tengok sahaja pada gambar di bawah ini. Anda pasti mampu DIY kipas 'aircond' ini. Sekarang, tak perlulah berpanas lagi dan tak susah-susah nak pasang 'aircond' dan sebagainya lagi. Tengoklah pak cik pada gambar di bawah, relaks saja tidur kan? - CARI Infonet
Kredit Foto : Rizal Hakimm
|