View: 1612|Reply: 0
|
Awas Ya! Mudah Marah, Kejang Otot Tanda Anda Dehidrasi
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Dehidrasi terjadi ketika badan tidak cukup cecair atau kehilangan terlalu banyak cecair. Selain cirit-birit, dehidrasi juga bisa disebabkan oleh muntah-muntah, peluh berlebihan ketika demam, dan bersukan pada saat cuaca panas.
Dua petanda awal dehidrasi adalah rasa haus dan kencing berwarna kuning gelap.
Manakala, dehidrasi itu sendiri terdiri daripada dua jenis iaitu dehidrasi ringan dan juga berat.
Dehidrasi ringan boleh menyebabkan:
1. Rasa haus
2. Warna kencing menjadi lebih pekat atau gelap
3. Jumlah dan frekuensi pembuangan kencing menurun
4. Mulut kering
5. Mudah mengantuk dan cepat lelah
6. Kulit kering
7. Sakit kepala
8. Sembelit
(Sumber foto: Carian google)
Manakala, dehidrasi berat sangat berbahaya jika dibiarkan saja dan tidak ditangani secepat mungkin. Gejala yang mungkin terjadi ketika mengalami dehidrasi berat adalah:
1. Mudah marah dan rasa bingung
2. Air mata yang sedikit dan mulut terasa kering
3. Tangan dan kaki terasa sejuk
4. Denyut jantung cepat
5. Bernafas dengan cepat
6. Demam
7. Tekanan darah rendah
8. Terdapat darah pada muntah atau najis
9. Kekejangan otot
- CARI Infonet
Sumber: alodokter.com |
|
|
|
|
|
|
| |
|