|
Oleh Izzah Abbasy
"Bila nak kahwin? Eh, bila lagi nak kahwin?" Bosanlah asyik ulang pertanyaan yang sama sahaja. Seperti tiada soalan lain yang nak ditanya.
Bukanlah marah, tetapi agak-agaklah kan? Soalan sebegitu cukup sensitif kerana ia berkaitrapat dengan urusan takdir yang menentukan.
Jadi, asyik sahabat baik yang dah berkahwin sahaja menanyakan soalan yang sama. Oleh itu, 'brader' ini beri jawapan yang tepat untuk soalan itu agar sahabatnya tidak bertanya lagi.
“Bila nak kahwin bro?” seorang sahabat tanya pada saya.
“Bila sampai masa yang tepatlah bro,” jawab saya perlahan sambil tergelak.
“Benda kalau tak diusaha, takkan dapat,” balas sahabat saya ringkas.
Saya senyum.
“Bukan tak usaha, dah usaha. Cuma aku rasa tuhan tu dulu dah pernah bagi aku bercinta lama sangat. Dengan macam-macam orang. So, dia ambil masa sikit untuk bagi yang betul -betul.”
“Jawapan tak padat,” balas sahabat saya sambil menghela nafas perlahan.
Saya senyum lagi.
“Oklah. Mungkin sebab diri ni dalam hal-hal agama, banyak sangat yang belum betul-betul bersedia. Kata orang, belum mampu jadi seorang pemimpin yang betul-betul bagus. Diri sendiri tak terpimpin, takkan nak pimpin orang.”
Sahabat saya terdiam. Saya sambung.
“Nak jadi seorang suami, ada banyak sebab kau kena ambil kira. Antaranya, tak boleh jadi pemarah sangat, tak boleh cerewet sangat, tak boleh cepat gelabah. Mungkin kita ni, bila diusik sikit dengan masalah, cepat sangat nak marah, atau mungkin bila tuhan uji sikit, kita jadi gelabah cepat down, cepat putus asa. Yelah, bila dah kahwin ni, kau kena jaga dua hati. Hati kau dan hati isteri kau. Malahan lebih banyak hati lagi kalau kau teliti betul-betul. So, mungkin bab-bab macam ni kita tak bersedia lagi. Nanti bila dah ada keluarga, Allah datangkan ujian, diri sendiri tak terurus, isteri apatah lagi.”
“Lagi satu, aku rasa seseorang tu betul-betul dah bersedia bila mana dia pandang pasangan dia tu lebih daripada dia pandang orang lain. Marriage is not a competition. It is a life completion. Kan? Kalau tengok orang lain dah mula tertarik, mula memuji, then compare dengan pasangan kita, aku rasa kita semua belum bersedia.”
Sahabat saya tersenyum “Kau penulis, memang banyak jawapan kau boleh goreng”. Kami tergelak sama.
“Semalam makcik aku meninggal. Kau tahu, aku ada plan, nak kahwin dalam keadaan semua orang orang yang aku sayang dapat tengok aku kahwin. Tapi, Allah sayangkan beliau. So dah satu orang yang aku sayang pasti tak akan datang kenduri kahwin aku kelak.”
“Start semalam, aku terfikir, entah sempat ke aku sendiri yang kahwin dengan isteri aku kelak, atau ajal aku sampai dulu. Kang esok depan tuhan, malu sendiri.”
Kami terdiam. Lama juga memikirkan setiap persoalan yang timbul.
“Kau tak takut kahwin lambat ke.”
Saya tersenyum lagi.
“Siapa pun takut bro, tapi bab jodoh tak jodoh ni urusan tuhan. Aku rasa, kita lagi fokus pada siapa cepat siapa lambat, tapi kalau tak boleh sustain susah jugak. Kahwin cepat, setahun cerai. Susah juga. Cukupkan ilmu dulu. InshaAllah, tuhan tu kalau kau nak buat benda baik. Dia pasti tolong.”
“Lagipun, bujang ni, Tuhan nak bagi banyak masa untuk aku jaga hati kedua parents. Syurga kita kan masih bawah tapak kaki mak. Tuhan nak kita jaga mereka ni.”
“Puas hati?”
“Kau memang penulislah bro, haha,” kami tergelak sama sekali lagi.
Untuk yang belum bertemu jodoh, Allah Maha Mengetahui segalanya setiap apa yang ada dalam isi hati kita. Teruskan berdoa. Mudah-mudahan ada jodoh yang menanti buat kita. Kalau tak bertemu jodoh di dunia, bidadari di syurga dah pun menunggu bro! - CARI Infonet
Kredit : TheVocket |
|