View: 2330|Reply: 1
|
Cuci-cuci Sampai Bersih Tau! Jangan Lupa 'Kawasan' Ini
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Selain gaya hidup yang sihat, jangan dilupakan kebersihan rumah anda. Barulah kualiti hidup anda lebih terjamin.
Ya, anda mungkin sering mencuci rumah tapi ada zon tertentu yang sering dilupakan untuk dibersihkan. Betul tak?
1. Bilik air
Bersihkan bilik air secara rutin. Kalau boleh setiap 3 hingga 4 hari sekali. Pastikan juga lantai bilik mandi sentiasa kering dan bersih.
2. Dapur
Tumpahan makanan dalam ketuhar, kain pengelap kaki, celahan singki dan sebagainya, cuci sebersihnya. Begitu juga dengan peralatan memasak.
3. Lantai
Sapu lantai dan cuci dengan pembersih lamtai secara teratur. Jika ingin lebih alami, gunakan cuka atau perahan lemon yang dicampurkan dengan air.
4. Sarah labah-labah
Di sudut dinding memang menjadi kawasan kesukaan labah-labah. Gunakan penyapu panjang untuk menyingkirkan debu dan sarang labah-labah di zon itu.
(Sumber foto: Carian google)
5. Pintu atau tingkap kaca
Debu memang rajin menempel pada permukaan kaca. Bersihkan dengan pembersih kaca dan juga surat khabar agar ia kekal bersinar bagaikan kristal. Mudah kan? - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
Sarah Labah-Labah pun boleh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|