View: 1636|Reply: 3
|
Jerebu Kembali Lagi, 4 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Empat kawasan di semenanjung mencatat kualiti udara tidak sihat dengan Cheras, di sini merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada 126 setakat pukul 1 tengah hari tadi.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan lain yang berada dalam kategori tidak sihat ialah Shah Alam, Selangor (115), Pelabuhan Klang (112) dan Nilai, Negeri Sembilan (103).
Bacaan IPU di Miri, Sarawak, bagaimanapun menunjukkan penurunan yang banyak dari 146 pada 22 April kepada 40 setakat pukul 11 pagi tadi, untuk berada dalam kategori baik.
Kebanyakan kawasan di semenanjung turut mencatat bacaan sederhana dengan Banting memiliki catatan tertinggi kategori itu pada 99.
Kualiti udara di Malaysia Timur secara rata-ratanya berada dalam keadaan baik dengan Tawau mencatat bacaan 19 dan Sibu (26). - CARI Infonet
Sumber: Bernama
(Sumber foto: Mstar Online) |
|
|
|
|
|
|
|
mmg dh start jerebu...anak2 pun dh batuk2 selsema...dgn cuaca panas...ujan pun kejap2... |
|
|
|
|
|
|
|
Musim panas..
Ada yg terbakor sendiri
Ada gedik pergi bakor.. Yg ni patut dihencap. Jangan tambah azab yg dah Ada ni |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni hujan macam dah nak turun kat PJ..dah mendung n guruh di luar sana..angin pun kuat
semoga hujan lebat turun
aku pun dah sakit mata n pening kepala terkena jerebu neh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|