View: 2335|Reply: 1
|
Villa Dunbar Rock 'Syurga' Terpencil Buat Penyelam Dari Seluruh Dunia
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Nama pun villa sudah pasti boleh membayangkan kemewahan yang disediakan dan terdapat di situ.
Villa Dunbar Rock ini terletak sekitar 70 kilometer dari pantai utara Honduras, Amerika Tengah. Terdapat dua cara untuk sampai ke tempat ini sama ada dengan cara menaiki bot ataupun helikopter. Di aras bumbung Villa ini turut disediakan landasan untuk helikopter mendarat.
Memiliki 8 buah bilik yang mampu menampung sehingga 18 orang untuk menginap. Jika anda ingin lari daripada kesibukan kerja dan kesesakan bandar, anda semestinya dicadangkan untuk berlibur di villa ini. Selain menawarkan pemandangan yang sangat indah, tempat ini juga menawarkan privasi tersendiri kerana berada di tengah-tengah laut dan tiada gangguan. Sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu.
Salah satu fasiliti menarik yang ditawarkan oleh pengusaha Villa Dunbar Rock ini adalah pengunjung bebas menyelam ke dalam laut untuk melihat keindahan laut dan segala hidupan yang terdapat di dalamnya. Jika anda tidak mahu menyelam, anda berpeluang juga berjemur di balkoni villa untuk menikmati suasana seperti di pulau persendirian. Menarik bukan? Harga yang ditawarkan untuk semalaman juga pastilah sangat tinggi.
Jom, jamu mata anda dengan pemandangan dan suasana yang cukup tenang malah cantik sekitar Villa Dunbar Rock ini. - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah.. gamba pemandangan laut, tp sbelah ade kolam tu, mcm best + takut akn masuk dlm laut..hihii |
|
|
|
|
|
|
| |
|