View: 4037 | Reply: 14
Tak Sangka Mengandung Selepas 15 Tahun Menopause
[Copy link]
Oleh : TS LOO
Betul kata orang tua-tua, rezeki mampu hadir dalam pelbagai cara walaupun adakalanya ia dirasakan mustahil.
Allison Noyce yang sudah berusia 36 tahun antara insan bertuah apabila mendapat rezeki yang langsung tidak pernah difikirkannya iaitu anak.
Bukan tidak mahu bergelar ibu, tetapi menopause seawal usia 20 tahun seolah-olah meragut impiannya untuk memiliki cahaya mata.
Untuk makluman, kajian mendapati seorang daripada 20 wanita akan mengalami menopause awal kerana ovarinya tidak berfungsi dengan baik.
Kisahnya bermula pada Julai 2013 apabila Allison sakit perut dan menyangka ada ketumbuhan di dalamnya.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan doktor mendapati dia sebenarnya sedang mengandung lapan bulan!
Saya dan suami, Richard tidak pernah menyangka akan bergelar ayah dan ibu apabila ujian mengesahkan saya sudah menopause sebelum ini, ujarnya.
12 hari kemudian, Allison melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat dan dinamakan Sophie.
Dia umpama bayi ajaib kerana kami tidak pernah menyangka akan memilikinya. Kami bertuah, kata Allison gembira.
Kini Sophie sudah berumur hampir 3 tahun yang merupakan seorang anak gadis yang jelita dan berwajah comel.
Gambar di bawah diambil ketika Sophie berumur 18 bulan.
VIDEO
sumber info: http://www.mirror.co.uk/
Menopause masih ada nafsu seks lagi ke?
aiyo, mengandung dah 8 bulan pun tak sedar ke dikk? akak tengok body kau jenis biasa-biasa jek, bukan obes..
adakah dia kelihatan lebih tua dari usia sebenar
disebabkan menopause?
apa pun, tahniah.. merasa jugak jadi mak..
Menopouse terlalu awal muka pon nampak lebih berusia dr umur.mcm 50 an
tu namanya rezeki.
ada org badan solid, cm anak dara umo 18 tahun, tapi 38 tahun umurnya.
tak branak2 lagi.
so, bersyukur la..
owhhh....bundle of joy ...
Seriously menopos? Ke masalah haid x teratur? Ada je org x dtg haid bertahun2
Bestnyer dpt baby
untung dapat suami macam laki dia, walaupun tahu dia menopos, masih lagi terima sebagai isteri. rezeki dia dapat baby lagi..
You are lucky women
CARI-LTS replied at 9-5-2016 04:47 PM
Oleh : TS LOO
Huhu..what menopos did to her face!!!sgt kertu...risau jugak aku menopos awal sbb maknaku menopos early 40s.huhu...
Menopause menyebabkan rupa wanita nampak lebih tua daripada usia sebenar sebab hormon progestrone and estrogen pun dah makin kurang dihasilkan atau dah tak hasilkan hormon hormon tu.
Menopause ni berlaku bila period tak datang selama 12 bulan. Tp amazing sebab wpun process menstrual dah takde still boleh mengadung. SubhanaAllah.
Category: Wanita & Lelaki