CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5570|Reply: 3

Gambar Proton Perdana 2016 Berwarna Putih Bocor !!!

[Copy link]
Post time 9-5-2016 08:20 PM | Show all posts |Read mode

SEMAKIN dekat tarikh pelancaran, semakin banyak pula gambar Proton Perdana 2016 bocor. Berlainan dengan artikel terdahulu, kali ini kami menampilkan gambar Proton Perdana 2016 berwarna putih. Nampak menarik?


Nampaknya tiada rahsia lagi dengan Proton Perdana 2016 memandangkan sudah banyak gambar yang bocor. Sekarang cuma tunggu tarikh pelancaran.


Tetapi sehingga ke hari ini, pihak Proton masih belum menghantar sebarang jemputan pelancaran Proton Perdana baharu biarpun kami menjangkakan ia akan dilancarkan pada Mei 2016. Mungkin jangkaan kami sekali lagi meleset.


Mungkin juga Proton mahu memastikan Perdana 2016 betul-betul bersedia dengan tahap kualiti terbaik. Tidak mengapa, kita tunggu lagi!


Bagi anda yang tidak tahu, Proton Perdana 2016 didatangkan dalam dua varian, 2.0L dan 2.4L.


Aspek prestasi, Proton Perdana 2016 buat masa ini akan menggunakan enjin Honda Accord generasi ke-8.  Manakala penggunaan enjin baharu iaitu Petronas NE01 pula dijangka akan dipasang secara berperingkat pada 2017.


Bagi varian 2.4L, ia akan dipadankan dengan kotak gear transmisi automatik 5-kelajuan yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 177hp dan tork puncak 222Nm.


Selain putih, Proton Perdana 2016 turut menampilkan lima lagi warna menarik iaitu, Kelabu Graphite, Perak Sterling, Merah Ruby, Hitam Midnight dan Emas Citrine.


Sama seperti saya maklumkan sebelum ini, kita tunggu sajalah pelancarannya nanti. Cuma untuk Proton, pastikan produk anda benar-benar bersedia, barulah lancar. Biar lambat, asalkan produk anda terbaik.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2016 08:25 PM | Show all posts
Baguslah enjin Petronas akhirnya akan dikomersilkan
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 08:26 PM | Show all posts
Eloklah ada produk baru. Kasihan mendengar rungutan pekerja proton dan vendor yang mana "overtime" pun dah kurang akibat kurang jualan kereta.

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 10:13 PM | Show all posts
bentuk mcm preve...xde pembaharuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 1.544218 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list