View: 1885|Reply: 8
|
'Ali Tinju' Dakwa Datuk Jamal Mahu Tembaknya!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/13/104253hhserybvrxesrpxf.jpg)
Menurut laporan The Star, Presiden Gerakan Baju Merah Mohd ali Baharom atau juga dikenali sebagai Ali Tinju telah membuat laporan polis semalam berikutan beliau mendakwa Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos mengugut akan menembaknya.
'Ali Tinju' berkata, dia menerima panggilan daripada Datuk Jamal pada hari Rabu sekitar jam 6.30 petang. Berikutan merasa keselamatan dirinya tergugat, maka membuat laporan polis dan mengharapkan pihak polis akan ambil tindakan yang sewajarnya.
" Dia bukan sahaja bersikap kurang ajar ketika bercakap dalam telefon, malah ugut saya akan tembak saya dengan pistolnya, inilah sebab utama saya membuat laporan polis."
Tambah Ali Tinju lagi, sikap Datuk Jamal memang ego dan sombong, sering suka menunjuk-nunjuk dirinya memiliki pistol kepada orang lain, sekiranya ada sesiapa kritiknya, dia akan ugut menembak orang tersebut.
Tegas Ali Tinju, semestinya orang ramai berada dalam situasi yang cukup merbahaya sekiranya orang macam Datuk Jamal memiliki pistol, jadi saya menyeru kepada Ketua Polis Negara tarik balik lesen pemilikan pistol Datuk Jamal.
Difahamkan, kenyataan Ali Tinju bahawa BN akan kalah teruk jika Datuk Jamal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar menjadi punca kemarahan Datuk Jamal.
Bagaimana pun, Datuk Jamal menafikan dirinya pernah mengugut Ali Tinju apabila dihubungi pemberita.- CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
Politician ni semua takde install call recorder apps ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Jamal dapat pistol sapa bagi![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang jugak ai carik thread tu.
kalu yu dah dah buat muka cenggitu, meaning that tered dah adeee laa tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
wartawan cari yg bukak tred, die bukan kire dah ade ke belum |
|
|
|
|
|
|
|
len kali toksah bawak sampah cam ni
mende cam ni tak majukan masarakat
macam babi hutan lawan badak ka hutan so sapa pun tak wajar amik dulik...biorkan aje
kalo di beri liputan nanti depa pasan depa tu penting dalamm masarakat
kalo depa suka rela basuh jamban or kutip sampah di jalan or tampal jalan berlobang cam si botak ronaldo tuh haaaaaa
tu molek kasik tau sini untuk model oang2 suka buang masa buat keje tak pekdah seme...hoccay? |
|
|
|
|
|
|
| |
|