CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Berita Mh370 Jadi Laporan Utama Portal Berita Dunia

25-3-2014 11:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3081| Komen: 3

Berita MH370 Jadi Laporan Utama Portal Berita Dunia

Laporan CNN mengenai MH370 sebagai berita utama portal berita saluran televisyen berkenaan.

PETALING JAYA: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pesawat MH370 yang mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi pada malam Isnin merupakan berita terpenting apabila dimuatkan sebagai muka depan dan tajuk utama bagi akhbar dan portal berita seluruh dunia.

Sejak pengumuman itu dibuat sehingga pagi Selasa, berita tersebut masih menjadi tajuk utama yang menghiasi muka depan akhbar dan portal berita utama dunia.

Disebalik laporan berkenaan, tidak kurang juga portal berita yang cuba menyelitkan fakta kontroversi dan menyalahkan pihak tertentu termasuk kerajaan Malaysia.

Portal berita saluran televisyen terkenal CNN melaporkan harapan keluarga penumpang dan anak kapal sejak dua minggu lalu untuk menemui ahli keluarga mereka dalam keadaan selamat kini berkecai.


Portal berita The Telegraph pula menjadikan teori membunuh diri yang mungkin telah dilakukan sebagai tajuk berita.

Bagaimanapun portal itu gagal menyebut pihak yang memberikan teori berkenaan dan hanya mengatakan maklumat itu daripada pasukan penyiasat.

Sementara itu, Daily Mail Online pula berkongsi mengenai kesedihan keluarga penumpang di China yang kecewa dengan berita terbaharu itu.

Manakala Metro.co.uk pula menyebut keluarga penumpang China menuntut pihak yang bertanggungjawab dikenalpasti.

Portal berita itu juga menyifatkan pengumuman perdana menteri sesuatu yang lewat dilakukan serta memalukan sedang ia dibuat sejurus selepas Najib mendapat taklimat daripada pasukan penyiasat.

Selain itu, portal berita BBC pula mendakwa pesawat MH370 telah terhempas ke dalam laut dengan memetik pengumuman Najib bahawa penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi.


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote DennisTrillo 11-8-2014 02:30 PM
sejarah hitam MH370 akan terpahat dlm lembaran sejarah Malaysia sampai bila-bila.. penantian satu seksa yg tidak tertanggung
Quote alinone78 27-3-2014 02:47 PM
WIFEY_KETIAK: Pengajaran daripada MH370  PERJALANAN menaiki pesawat MAS dari Kuantan ke KLIA pada 17 Mac 2014, jam 7.45 malam, begitu menarik. Anak kapal (pilot) me ...
berapa ramai forumer muslim kat sini yang baca doa naik kenderaan?
sepatutnya bukan naik kapal terobang j baca doa ni
naik beskal pun kena baca doa
Quote WIFEY_KETIAK 25-3-2014 06:08 PM
Pengajaran daripada MH370

PERJALANAN menaiki pesawat MAS dari Kuantan ke KLIA pada 17 Mac 2014, jam 7.45 malam, begitu menarik. Anak kapal (pilot) membaca doa menaiki kenderaan. Diikuti apabila mendarat disebut Alhamdulillah. Sejuk hati.

Selepas transit sebentar untuk ke Kota Bharu, saya ingatkan anak kapal akan melakukan perkara sama, rupanya tidak. Paling kurang menyebut Bismillah, dan Alhamdulillah.

Sepatutnya semua ini dijadikan prosedur dan panduan, tonjolkan kepada pelancong, inil ...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.146523 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top