Bagan Serai: “Ramai tidak lagi percaya mengenai ‘santau tuju’ di zaman IT (teknologi maklumat) ini, namun saya sudah merasai azab selain kehilangan bapa dan abang yang maut akibat sihir ini,” kata Mohd Farid Idris, 30, yang mendakwa dia kini terpaksa bertarung nyawa selepas turut menjadi mangsa ilmu hitam itu. Mohd Farid, dari Kampung Sungai Gedung, di sini, berkata, keluarganya yang mengalami muntah darah berulang kali, mulanya dimaklumkan ia berkemungkinan simptom penyakit tibi ketika dirawat di hospital. Katanya, ramai tidak percaya mereka disantau malah ada saudara mara yang mengatakan perkara itu karut dan mendakwa mereka sekeluarga menghidap penyakit tibi yang berjangkit di dalam rumah. Namun menurut Mohd Farid, kebimbangan mereka sampai ke kemuncaknya apabila bapanya Idris Mohd, 60, menghembuskan nafas terakhir pada September 2010 diikuti abangnya Mohd Jusoh, 38, seminggu kemudian selepas menderita penyakit misteri itu selama lebih dua tahun. Dia yang bekerja sebagai kakitangan di sebuah stesen minyak di pekan Parit Buntar mendakwa, perbuatan syirik itu tidak berakhir di situ saja apabila dia pula diserang santau sebaik kematian dua ahli keluarganya itu. “Saya pernah dikejarkan ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan kecemasan selepas memuntahkan darah pekat berwarna merah kehitaman. “Doktor yang melakukan pemeriksaan mulanya mengesyaki saya mengidap tibi. Namun dia akhirnya gagal memberi jawapan tepat selepas ujian darah mendapati saya bebas dari jangkitan bakteria mycobacterium tuberculosis,” katanya yang menderita penyakit misteri itu sejak hampir tiga tahun lalu. MOHD Farid melakonkan kembali cara dia berubat untuk membuang santau.
|
nw111 posted on 26-3-2014 07:02 AM
Dr dok buat kerja haram menyihir org, baik la tok moh ni suruh jin pak turut dia pi tlg cari kapalte ...
DianKdeja posted on 26-3-2014 07:57 AM
baru ni budak office akak datang rumah dgn mak dan family dia.
menangis2 kata nak berhenti kerja. a ...
Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiunfillardi wala fis samai wahuwassami'ul
'alim
nolya posted on 26-3-2014 08:14 AM
Kalau doktor ada pengkhususan merawat, maka bomoh pun gitu juga dek. Bomoh menelek tak boleh meng ...
batmana posted on 26-3-2014 08:30 AM
Kebanyakan orang Melayu yang berjaya.. Mati sebab disantau oleh orang yang berdendam dengan dia
S ...
ADVERTISEMENT