CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Baru Sehari Dibeli Kena Curi

31-3-2014 09:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9932| Komen: 47

Gambar hiasan


SEREMBAN –  Malang bagi seorang lelaki apabila kereta yang baru sehari dibelinya dilanggar, sebelum dilarikan oleh penjenayah di Mantin, dekat sini.
       
Lebih malang apabila mangsa yang hanya mahu dikenal sebagai Yap, 31, turut dibelasah, disamun dan ditinggalkan di tepi semak dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kejadian kira-kira 7.45 malam, Rabu lalu.
       
Menurut Yap, sehari sebelum kejadian, dia baru saja mengambil kereta jenis Perodua Myvi berkenaan dari salah sebuah pusat jualan di daerah ini.
       
“Siapa yang tidak gembira bila mendapat kereta baharu,  bahkan saya bercadang mengubah suai kereta tersebut.
       
“Jadi selepas mengambil kereta, saya terus menghantarnya kepada seorang kawan untuk membuat ubah suai dan kereta itu masih belum sempat dibawa pulang ke rumah,” katanya.
       
Penyelia kilang itu berkata, keesokan hari, rakannya menghubunginya kira-kira 7.20 malam memberitahu keretanya sudah siap dan dia berjanji berjumpa dengan rakannya itu di tepi jalan kira-kira 100 meter daripada lokasi rumahnya di Mantin.
       
“Memandangkan ia dekat, saya hanya berjalan kaki sahaja dan beberapa minit selepas itu kawan saya pun sampai. Bagaimanapun, kira-kira lima minit saya memandu kereta itu, tiba-tiba sebuah kereta lain dinaiki tiga lelaki merempuh kereta saya dari arah belakang," katanya.
       
Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu meluru kepadanya sebelum memukulnya sehingga pengsan.
       
"Sebaik sahaja sedar, saya berada di tepi belukar serta tangan kiri berdarah, selain dompet dan kereta saya juga hilang. Saya kemudian berjalan kaki pulang ke rumah dan memberitahu kejadian itu kepada emak, sebelum membuat laporan polis,” katanya.
       
Sementara itu Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning mengesahkan menerima laporan kejadian.
       
Beliau berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan polis.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 30-3-2014 03:20 PM
gembira dapat kereta baru? gilo koooo.... aku dapat tengok kereta baru aku masa tu, yg aku pikir cemana nak bayar installment, mentenan, nak tukar tayar bila dah timed, serbis, insurans, tax kejadah... pening....
Quote princessjay 30-3-2014 03:30 PM
siannye..kete baru beli dh kne curik..kene pukul lg.. malang berganda..
Quote lavacall 30-3-2014 03:32 PM
edee_91 posted on 30-3-2014 07:20 AM
gembira dapat kereta baru? gilo koooo.... aku dapat tengok kereta baru aku masa tu, yg aku pikir cem ...

orang kaya dgn org smiskin fikiran memang jauh berbeza tang kereta baru ni...




ahhhhhhhh...tang semua sekali ler..





Quote edee_91 30-3-2014 03:54 PM
lavacall posted on 30-3-2014 03:32 PM
orang kaya dgn org smiskin fikiran memang jauh berbeza tang kereta baru ni...

itu lah dunia...

Quote cupu 30-3-2014 03:54 PM
blh claim kan?

nasib la..sape suh xbuat smyg hajat beli kete baru.
Quote prettyuglybabe 30-3-2014 03:59 PM
kete baru bole buat mcm2 ke? tak effect warranty?
Quote chinta89 30-3-2014 04:02 PM
gulp...... sedihnya!
Quote kucingTomey 30-3-2014 04:02 PM
hilux lagi la......kuar tghhari..petang dah sedekah kat pencuri....pakai cobra lock.....kena towing...sistem aktif terus....
Quote lasagnaklcc 30-3-2014 05:19 PM
mcm comel je balik rumah ngadu mak
ni pon paper nak tulis ke
Quote jazaa 30-3-2014 05:27 PM
lavacall posted on 30-3-2014 03:32 PM
orang kaya dgn org smiskin fikiran memang jauh berbeza tang kereta baru ni...

aku pun pelik apsal dpt keta baru pening pala......
klu aku tak sabar2 nak koyak plastik.......
Quote lavacall 30-3-2014 05:31 PM
jazaa posted on 30-3-2014 09:27 AM
aku pun pelik apsal dpt keta baru pening pala......
klu aku tak sabar2 nak koyak plastik.......:l ...

tu jenis ujung bulan dlm bank ada balen rm27.65..

mesti la risau..





Quote pakwetizzaqyah 30-3-2014 05:50 PM
mantin most wanted yao...teneneneneneg neng...
Quote fcl29 30-3-2014 05:52 PM
cupu posted on 30-3-2014 03:54 PM
blh claim kan?

nasib la..sape suh xbuat smyg hajat beli kete baru.

betul eh kalo ade plat kete yg bercorak tepi tu (perasan x?) maknanye kete tu dah disembahyangkan?
Quote Al-Patih 30-3-2014 05:55 PM
macam macam hal ...
Quote cupu 30-3-2014 06:02 PM
fcl29 posted on 30-3-2014 05:52 PM
betul eh kalo ade plat kete yg bercorak tepi tu (perasan x?) maknanye kete tu dah disembahyangkan? ...

Xdela..biasa mber beli kete br wat blk kg kasi mak ayah smyg hjt je..doa2 slmt.tp xde la smpai pg org.
Quote subee 30-3-2014 06:56 PM
Jazaaa...

Jangan...ada budak kat oips aku...dah 6 tahon, plastik kereta dia tak tanggai2 lagi....
Quote jazaa 30-3-2014 06:59 PM
subee posted on 30-3-2014 06:56 PM
Jazaaa...

Jangan...ada budak kat oips aku...dah 6 tahon, plastik kereta dia tak tanggai2 lagi.... ...

ha...ha....6 tahun tu.....klu aku 6 hari pun dah malu....tu sampai habis finance 9 tahun ada plastik lg tu......
agaknya plastik tilam kat rumah dia koyakkan ke tak?......siksa lah nak tidur klu guna tilam yg masih berplastik......
Last edited by jazaa on 30-3-2014 07:00 PM

Quote vespa_oren 30-3-2014 07:49 PM
kucingTomey posted on 30-3-2014 04:02 PM
hilux lagi la......kuar tghhari..petang dah sedekah kat pencuri....pakai cobra lock.....kena towing. ...

Agak2 beli hilux yg jenis sesuai dalam hutan jer ada org curi x?



Quote mrseller 30-3-2014 08:27 PM
vespa_oren posted on 30-3-2014 07:49 PM
Agak2 beli hilux yg jenis sesuai dalam hutan jer ada org curi x?

Lagi suka org curi...senang nak jual dkt afghanistan...jadik model SE d sana...

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.045721 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top