Kuala Lumpur: Projek Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sudah menerima 500,000 permohonan untuk fasa kedua yang memperuntukkan 80,000 unit baru pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berkata, permohonan itu diterima menerusi dalam talian sejak ia dibuka pada Januari lalu. “Projek ini melalui pelbagai peringkat dan perlaksanaannya diteruskan. Pemberian rumah ini diberikan mengikut syarat ditetapkan,” katanya ketika menjawab pertanyaan bertulis Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) di Dewan Rakyat di sini, semalam. Menurutnya, permohonan PR1MA dibuka kepada mereka yang berpendapatan sederhana antara RM2,500 dan RM7,500. “Di Selangor 8,740 unit masih dalam pembinaan manakala Wilayah Persekutuan sebanyak 7,342 unit. Kami capai matlamat apabila meluluskan 80,444 unit tahun lalu,” katanya. Katanya, keputusan pemberian PR1MA dibuat secara berperingkat sehingga mencapai 80,000 unit. “Kami mengadakan rundingan dengan Kerajaan Negeri dan swasta. Ada rundingan babit tanah swasta dan ia tidak boleh dinyatakan projek secara khusus untuk mengelak terencat rundingan,” katanya. Menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) mengenai projek PR1MA diberi kepada 1MDB, Shahidan menyatakan pemberian tender itu dibuat secara terbuka dan memberi keutamaan pada tanah Kerajaan Negeri dan swasta. “PR1MA menanggung diskaun 20 peratus kepada semua perumahan dibina. Diskaun ini diberikan mengikut pelbagai kategori sama ada bujang, berkahwin dan mempunyai anak,” katanya.
|
1
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
4
Sedih |
11
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jazaa posted on 29-3-2014 07:38 AM
terpaksalah....
sekurang2nya dpt gak subsidi rm30k.....klu tidak terpaksa menyewa sampai pencen.. ...
melonmadu posted on 29-3-2014 11:07 AM
nk kata berkualiti tu ntahlah ye..sbb aku rs pemaju tetap jugak ambk untung tentang rumah ni
aku ...
clarizsa posted on 31-3-2014 02:39 PM
owh... camtu... layout design cm x best je.. huhu..
ape pun thanx for info... (*^﹏^*)
ADVERTISEMENT