CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

PM tak sebut MH370 terhempas'

1-4-2014 11:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18683| Komen: 154

Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein Onn


PM tak sebut MH370 terhempas'

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein Onn menangkis tuntutan waris penumpang China supaya Malaysia memohon maaf kepada mereka berhubung berhubung nasib yang menimpa pesawat MH370.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa penerbangan itu "terhempas" atau "tiada yang terselamat".

“Dakwaan itu sangat tidak betul,” katanya yang menjelaskan, perdana menteri hanya mengumumkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di tengah Lautan Hindi, berdasarkan analisis ke atas data yang diperolehi.

Tambahnya, satu pertemuan peringkat tinggi dengan anggota keluarga tersebut akan diadakan tidak lama lagi, bertujuan untuk memberi taklimat dari pakar antarabangsa.


Jelasnya, kebanyakan daripada penyelidikan dalam kes tersebut dijalankan tenaga pakar antarabangsa dari banyak negara.

"Taklimat ini akan membolehkan mereka mendengar sendiri dari pakar ini," katanya.

Beliau juga menyatakan rasa simpati kepada anggota keluarga berkenaan.

"Saya faham bahawa mereka mahu lihat bukti fizikal sebelum menerima bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi.

Katanya, beliau telah bertemu dengan anggota keluarga terbabit dan berjanji bahawa Malaysia tidak akan putus harapan.

"Kita tidak akan mengaku kalah sebelum kita mengetahui apa yang berlaku kepada MH370," katanya dalam sidang media hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan waris penumpang MH370 dari China itu menuntut Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) meminta maaf kerana mengisytihar kematian kesemua 239 orang dalam penerbangan MH370, tanpa mengemukakan bukti konklusif.

Seorang wakil kepada 34 orang waris berkenaan, Jiang Hui berkata Najib tidak bertanggungjawab apabila mengumumkan perkara itu dan wakil Malaysia sebelum ini hanya memberi "maklumat tidak efektif untuk mereka".

Mereka juga kesal kerana wakil berkenaan perlu memeriksa maklumat dengan kerajaan Malaysia untuk setiap pertanyaan mereka.

Oleh itu, kumpulan tersebut mahu bertemu dengan wakil dari kerajaan Malaysia, pembuat pesawat Boeing, pembuat enjin, Rolls Royce, syarikat satelit Inmarsat serta wakil operasi mencari dan menyelamat bagi mendapatkan jawapan.

14

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jonkunyit 31-3-2014 10:16 PM
tiada yang celarunya..kamu yg tak faham...PM dan menteri pengangkutan menjalankan tugas dengan amanah
Quote Leonarzi 31-3-2014 10:18 PM
Moral of the story : jgn gopoh nk buat statement, mintak nasihat dr yg berpengalaman spt tun mahathir
Quote dino 31-3-2014 10:19 PM
thread dah ade gatai jugak nak bukak thread baru....
Quote matpiah 31-3-2014 10:20 PM
Kena lebih berhati-hati , dunia sedang memerhatikan malaysia skrg
Quote masa_lalu 31-3-2014 10:20 PM
memang najib takde kata pun terhempas
aku perasan masa hari pertama lagi lepas dia buat pc
Quote noor2 31-3-2014 10:23 PM
tapi lepas pm umumkan tu esoknya mcm nila kat media..









Quote dino 31-3-2014 10:25 PM
masa_lalu posted on 31-3-2014 10:20 PM
memang najib takde kata pun terhempas
aku perasan masa hari pertama lagi lepas dia buat pc

mmg tak sebut pun.... n pm australia pun stuju ngan statement najib kata ended tuh..... dah la dunia luar kutuk kite.... yg kat dlm negara stok pencacai pun sama je.....percaya media luar putar belit......
Quote rawahah 31-3-2014 10:28 PM
dino posted on 31-3-2014 10:25 PM
mmg tak sebut pun.... n pm australia pun stuju ngan statement najib kata ended tuh..... dah la dun ...

tu la, kat negara lain, kalu tragedi mcm ni berlaku, mereka bersama2 mempertahankan maruah negara wlaupun berlainan ideologi politik..

tapi kat Malaysia, mcm celaka sekor2.. dah tak reti beza mana politik partisan, dan mana sifat patriotik..
Quote poyohabis 31-3-2014 10:28 PM
Silap najib gak sape suruh gopoh ckp kat lautan hindi tu.. Kat situ mn ada lapangan terbang nak landing kecuali air laut semata2.. Nasib la dr elok2 x kene bahan dgn wartawan n org luar skrg dah kn... Patut kn belajar dr tun mahathir n pak lah.. Pak lah pun pandai gak bab2 diplomasi ni x pun belajar dr menteri luar negeri pe nama tu yg ada aman2 tu.,, lupa lak namanya...
Quote Magika 31-3-2014 10:29 PM
rajinnya bukak thread mh370 sampai 4-5 thread sama ...
Quote Haer 31-3-2014 10:29 PM
dino posted on 31-3-2014 10:25 PM
mmg tak sebut pun.... n pm australia pun stuju ngan statement najib kata ended tuh..... dah la dun ...

Silap nya satu jer, tiada penafian oleh gomen masa orang tersalah anggap sebagai terhempas tanpa seorang terselamat.
Quote BelovedTaeyeon 31-3-2014 10:31 PM
noor2 posted on 31-3-2014 10:23 PM
tapi lepas pm umumkan tu esoknya mcm nila kat media..

Kita tengok esok, apa jadi.

Terutama komen2 keluarga mangsa.



Quote john_denim 31-3-2014 10:32 PM
Ni la problem bila kerajaan yang memerintah adalah kerajaan minoriti. 52% adalah pembangkang.
Quote dino 31-3-2014 10:32 PM
rawahah posted on 31-3-2014 10:28 PM
tu la, kat negara lain, kalu tragedi mcm ni berlaku, mereka bersama2 mempertahankan maruah negara  ...

tu lah menyampah nengok...... dah la bukak thread sama je.....
dah ade stok2 sokong.......
Quote noor2 31-3-2014 10:33 PM
tp i betul2 kesian tgk muka PM dan hishamuddin......err menteri lain i tak nampak pun turut serta...(ni yang i nampak la sebab bukan selalu tgk tv/berita pun)

Quote Magika 31-3-2014 10:34 PM
dino posted on 31-3-2014 10:32 PM
tu lah menyampah nengok...... dah la bukak thread sama je.....
dah ade stok2 sokong.......

satu hari buka dua tiga thread pasal mh370 yang nak kutuk gomen ... walhal boleh je sambung di thread sedia ada...



Quote harimau76 31-3-2014 10:47 PM
sendiri yg tafsir terhempas, pastu salahkan najib plak...
Quote popjack 31-3-2014 10:48 PM
hang baguihh sangat hang p duk ikot buat conference sar sat aku nk tgk cmna hang deal dgn ratusan wartawan dan mata donia...sambil sni.per duk acu kt pala hang
hang mmpu ka?...usah hang nk dok perleceh kt org laen..
diri hang tu teda baguih mana...
sok sok jgn hang p mintak ampun balik kt ahli kluarga mangsa...
ni aku kata nk bg peringat kt stok2 macai2 cacai2 suma...

p/s  tang bila tah era nk berubah!kusut pala...esok2 bala dtg timpa baru hang pa suma tau rasa cmna..
Quote gibrana 31-3-2014 10:50 PM
jadi semua media tempatan pencacai pada keesokan hari berkabung RIP semua tu salah tafsir?begitu?

Lihat semua komen(154)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.075391 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top