GUA MUSANG: Seorang buruh warga Indonesia nyaris maut selepas diserang seekor harimau Kumbang dalam kejadian di ladang sawit Felda Perasu, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa, Alip Abil, 33, bergelut selama 15 minit dengan haiwan itu untuk menyelamatkan diri, namun cedera di kepala, punggung, dada, lengan kanan dan tangan kiri sehingga menerima 50 jahitan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang. Menurutnya, ketika melakukan kerja meracun rumput, dia diterkam haiwan berkenaan dari belakang. "Pada mulanya, saya menyangka babi hutan yang menyerang saya, namun selepas dapat melihat haiwan itu, barulah saya tahu ia harimau kumbang. Ketika bergelut dengannya, saya dicakar di kepala punggung, dada, lengan kanan dan tangan kiri. "Saya menjerit meminta tolong sebelum seorang rakan menghulurkan kayu dan saya menjolok mulutnya mulutnya dengan kayu itu ketika haiwan berkenaan hampir menggigit tengkuk saya," katanya. Alip berkata, haiwan berkenaan cuba pula menyerang seorang rakannya, tetapi melarikan diri selepas melihat rakannya itu memegang sebatang kayu. "Dalam keadaan berlumuran dan separuh sedar saya dibawa ke hospital. Ini pengalaman menakutkan dan saya hanya ingat mati ketika diserang haiwan berkenaan. "Mujur umur saya masih panjang," katanya.
|
SulurBidar posted on 11-2-2013 08:55 PM
Nasib baik yg serang tu Panthera Pardus....
Saiznya kecik sket..
matamata posted on 11-2-2013 09:24 PM
Kalau Phantera Tigris mmg dah riuk dah leher mamat ni...
lagi satu aku syak rimau bintang yg sera ...
SulurBidar posted on 11-2-2013 08:55 PM
Nasib baik yg serang tu Panthera Pardus....
Saiznya kecik sket..
ADVERTISEMENT