CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Anak Bunuh Ibu Kerana Enggan Beli Telefon Pintar

7-4-2014 10:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18065| Komen: 138


MIRI: Pertengkaran seorang ibu dan anak lelakinya yang dikatakan berkaitan pembelian telefon pintar di sini, malam tadi berakhir dengan tragedi apabila wanita itu mati dipercayai ditikam anaknya petang tadi.

Ketua Polis Miri, ACP Gan Tian Kee, berkata polis menahan remaja berusia 18 tahun itu untuk membantu siasatan selepas menemui mayat wanita berusia 43 tahun itu di dalam keretanya di tempat letak kereta berhampiran sebuah gelanggang tenis di sini pada 3 petang.


Beliau berkata, polis turut menemui pisau yang disyaki digunakan untuk membunuh wanita itu yang bertugas sebagai guru tuisyen, di dalam kereta itu.

"Polis menganggap kes bunuh ini selesai...pertengkaran wanita dan anak lelakinya dari malam tadi berpunca daripada masalah keluarga," katanya di sini, hari ini.

Gan bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci masalah keluarga itu tetapi BERNAMA difahamkan ia berpunca daripada keengganan ibu suspek membeli telefon pintar untuk anak lelakinya yang tidak bekerja itu.

6

Bagus
12

Marah
13

Terkejut
12

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote debab_78 5-4-2014 10:44 PM
mungkin beliau teringin nak berwhatsapp atau wechat...
Quote jonkunyit 5-4-2014 10:49 PM
saya tidak menggunakan telefon pintar, banyak kejadian yang tidak kita sangka berlaku hanya semata-mata kerana alatan elektronik ini
Quote jonkunyit 5-4-2014 10:50 PM
saya tidak menggunakan telefon pintar, banyak kejadian yang tidak kita sangka berlaku hanya semata-mata kerana alatan elektronik ini
Quote ice_sky92 5-4-2014 10:50 PM
OMG. Sanggup bunuh ibu kerana smartphone. Gila la. Tgh marah setan suka hasut kan.
Quote Bedah.Cun 5-4-2014 10:52 PM
babi punye anak!!!
Quote sup@rm@n 5-4-2014 10:52 PM
Telefon pintar yg menyebabkan ramai orang jadik kurang pintar
Quote faraway1 5-4-2014 10:52 PM
18 tahun,
dah tua bangka pun still minta duit kat parent.
bangang but good bye hilang satu sampah dari pandangan masyarakat
Quote Suchi 5-4-2014 10:52 PM
lebih pentingkan tepon dr mak sendiri
macam mat dadah plak yg biasanya lebih utamakan dadah dr apa pun

ishhh sanggup dia bunuh mak dia sendiri
sedihnyalahhh hai org yg dah xde mak nih nk sgt mak ko plak senang2 je bunuh mak sendiri
Quote mak_wa95 5-4-2014 10:54 PM
Pengaruh dadah kut....
Quote rosasa 5-4-2014 10:54 PM
Telefon lg berharga dari emak sendiri yg mengandungkn, mlahirkn dan menjadikn manusia ye
Quote iey_iyda 5-4-2014 10:54 PM
keadaan manusia sekarang ni memang menakutkan..
Quote xAthenax 5-4-2014 10:55 PM
beri dekat bangla yang jaga crocodile farm di Kuala Baram jer budak ni
boleh jadi juadah buaya
Quote stania83 5-4-2014 10:56 PM
sorry to say. but i say the late ibu has failed.
Quote miminn 5-4-2014 10:57 PM
peer pressure lah ni. tengok kengkawan ada dia pun nak ada. tapi man man lah. dah 18 tahun kot. tak reti cari duit sendiri kaaa?? -__-
Quote cHimo 5-4-2014 10:57 PM
Umur 18 kalau teringin sangat kerja laa.. 1 bulan keja dah boleh beli .. Ini smpai bunuh emak sendiri mmg bangsat .
Quote debab_78 5-4-2014 10:59 PM
smartphone skrg dh murah.. xkisah la brand apa pun. patot umur mcm tu leh je cari duit sendiri.. merasa la ko kat tali gantung nanti dik...
Quote debab_78 5-4-2014 11:00 PM
umur 18tahun tu terlalu muda.. xdpt bayangkan nak tempoh hari2 smpai tua.. dalam masa sama, nak kenang psl bunuh mak sendiri.. gila laaa!!!
Quote ice_sky92 5-4-2014 11:04 PM
stania83 posted on 5-4-2014 10:56 PM
sorry to say. but i say the late ibu has failed.

Maksud kau?
Quote lavagold 5-4-2014 11:07 PM
Sarawak...ermmmm

Apo laei nok di kato...

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.097652 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top