CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pokok Bonsai Pun Kena Curi

7-4-2014 05:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12497| Komen: 63


KUALA LUMPUR - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan mencuri dua pokok bonsai bernilai RM1,500 milik jirannya.

Choong Sze Ian, 26, didakwa mencuri dua pokok bonsai dalam pasu di A3 Bangsar Indah Kondominium, 247 Lorong Maarof, di sini pada 1.15 pagi, 2 Mac lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Adnan Ismail yang mewakili Sze Ian memohon kepada mahkamah supaya anak guamnya dibenarkan diikat jamin dengan jumlah yang rendah atas alasan tertuduh perlu menjaga adik beradiknya yang masih kecil.

Majistret Siti Shakirah Mokhtarudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Mei ini untuk sebutan kes. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jonkunyit 7-4-2014 04:57 PM
tentu dia tertarik dengan kecantikan pokok bonsai itu
Quote mikasa 7-4-2014 04:58 PM
Tak mampu nak beli atau bengang ngan jiran?
Quote zorrro_03 7-4-2014 05:01 PM
annoying gila babi posting.  aku tampar juga sekor ni kang...  


btw tempat aku juga penah berlaku bonsai kena curi.  
Quote leylapple 7-4-2014 05:02 PM
huh??

aku sikit lagi nak buat keje mcm nie..

sebab aku rasa bonsai tu cantik tapi tak berbali nak beli sampai beratus/beribu...

Quote kucen_miang 7-4-2014 05:05 PM
leylapple posted on 7-4-2014 05:02 PM
huh??

aku sikit lagi nak buat keje mcm nie..

saya cdgkan akak kawen dgn abg pendek.
Quote kucingTomey 7-4-2014 05:06 PM
leylapple posted on 7-4-2014 05:02 PM
huh??

aku sikit lagi nak buat keje mcm nie..

wow...leyla sudah melangkah jauh kedepan...menjadi pra mod....bod mane leyla???pantas memacu petronas.....lol...huhuhu ok tak kelakar.....leya jadi mod celah bod mana ni??leh kacau2 bod tu...huhuhuhu

Quote leylapple 7-4-2014 05:07 PM
kucen_miang posted on 7-4-2014 05:05 PM
saya cdgkan akak kawen dgn abg pendek.

sapa abang pendek??
Quote leylapple 7-4-2014 05:08 PM
kucingTomey posted on 7-4-2014 05:06 PM
wow...leyla sudah melangkah jauh kedepan...menjadi pra mod....bod mane leyla???pantas memacu petro ...

bod sarawak

meh ler kacau..sunyi kat sana..
Quote lavafon 7-4-2014 05:09 PM
leylapple posted on 7-4-2014 05:02 PM
huh??

aku sikit lagi nak buat keje mcm nie..

hahhh....lu dah jadi mod cubaan...

dah buat kenduri kfc cam si nixar tu belum....??





Quote xAthenax 7-4-2014 05:10 PM
leylapple posted on 7-4-2014 05:02 PM
huh??

aku sikit lagi nak buat keje mcm nie..

ada kes di St Joseph Kindy di Miri dulu
yang derang letak as hiasan dekat pintu masuk
dalam tajau tau..itu pun kena curi
harus bawak lori pencuri tersebut
Quote kucen_miang 7-4-2014 05:10 PM
leylapple posted on 7-4-2014 05:07 PM
sapa abang pendek??

sesiapa yg pendek la. kan akak suka bonsai.
Quote lavafon 7-4-2014 05:10 PM
leylapple posted on 7-4-2014 05:08 PM
bod sarawak

meh ler kacau..sunyi kat sana..

hutan belantara memang sunyi...



Quote hanakikan 7-4-2014 05:11 PM
Tp bonsai memang mahal la. Ada boleh cecah rega sebuah kereta
Quote kucingTomey 7-4-2014 05:12 PM
hanakikan posted on 7-4-2014 05:11 PM
Tp bonsai memang mahal la. Ada boleh cecah rega sebuah kereta

ada mahal macam suarez tak??hahahahahah lol

Quote leylapple 7-4-2014 05:24 PM
lavafon posted on 7-4-2014 05:10 PM
hutan belantara memang sunyi...

tau pun....
Quote leylapple 7-4-2014 05:25 PM
kucen_miang posted on 7-4-2014 05:10 PM
sesiapa yg pendek la. kan akak suka bonsai.



laki pendek murah rejeki
Quote leylapple 7-4-2014 05:25 PM
xAthenax posted on 7-4-2014 05:10 PM
ada kes di St Joseph Kindy di Miri dulu
yang derang letak as hiasan dekat pintu masuk
dalam taja ...

tu bukan keja aku....

orang lain tu..



Quote leylapple 7-4-2014 05:25 PM
lavafon posted on 7-4-2014 05:09 PM
hahhh....lu dah jadi mod cubaan...

dah buat kenduri kfc cam si nixar tu belum....??

kfc????kenduri???
Quote clarizsa 7-4-2014 05:28 PM
bonsai... mahal tu....

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.319722 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top