CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Markup Harga Bahan Makanan Basah Hospital Sehingga 100 Peratus

8-4-2014 03:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10620| Komen: 91



KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara berpendapat harga bahan makanan basah seperti ikan dalam senarai kontrak di beberapa hospital adalah tidak munasabah kerana lebih tinggi antara 34.4 peratus hingga 100 peratus berbanding harga pasaran. Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013, siri 1 dibentangkan di Dewan Rakyat di sini hari ini, keadaan itu menyebabkan kerajaan tidak mendapat 'nilai untuk wang' kerana terpaksa membayar harga lebih tingi berbanding pasaran.

Turut dilampirkan perbandingan senarai harga iaitu harga bagi sekilogram ikan siakap untuk kontrak baharu 2012-2014 di Hospital Sultanah Aminah, Johor
adalah RM21 berbanding harga pasaran RM14.50 manakala sekilogram sotong bernilai RM16 (pasaran RM9.50).

Semakan di Hospital Kuala Lumpur mendapati harga sekilogram ikan bawal berdasarkan kontrak adalah RM21.50 (pasaran RM16), ikan kerapu RM19.50 (pasaran
RM12), ikan nyior RM18 (pasaran RM10) dan ikan keli RM11 (pasaran RM5.50).

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disyorkan  merancang perolehan dengan teliti serta memantau harga bahan makanan berbanding harga
pasaran supaya kerajaan mendapat 'nilai terbaik untuk wang' terhadap setiap perolehan.

KKM menerusi maklum balas yang disertakan dalam laporan audit itu, menjelaskan harga ikan dinyatakan dalam kontrak dua hospital itu telah mengambil kira kos pengangkutan dan kenaikan harga ikan di pasaran.

Selain itu, tinjauan kajian kepuasan pelanggan melibatkan 200 responden mendapati 86 responden (43 peratus) berpendapat menu disediakan tidak dipelbagaikan pada setiap waktu hidangan, dan antara komen diberikan adalah jenis ikan yang sama dan masakan tidak dipelbagaikan.

Kementerian bagaimanapun menjelaskan bahawa jenis ikan yang dihidangkan dalam setiap menu adalah tidak penting kerana mempunyai kandungan makro nutrien
hampir sama.

KKM juga bersetuju dengan pendapat laporan audit supaya proses uji rasa makanan perlu dilaksanakan bagi menentukan mutu makanan.

Laporan sama juga mendapati antara kelemahan yang perlu diperbaiki KKM adalah pengurusan aset yang tidak teratur ekoran terdapat aset bernilai RM0.13 juta tidak digunakan.

Antaranya ialah 'alat pemerah santan kelapa', 'pengisar daging elektrik', 'pemotong ayam', 'pengisar cilir' dan 'cerek 23L' di Hospital Sultan Abdul
Halim (HSAH), Kedah; 'alat pemprosesan sayuran' di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan lapan unit 'alat pemanas pinggan' di Hospital Umum Kuching (HUK), Sarawak.

KKM dalam maklum balas 18 Dis 2013 dan 14 Feb lalu menyatakan HSAH telah menawarkan peralatan yang tidak digunakan kepada hospital lain yang berminat
pada 26 Nov lalu, manakala HUK membuat permohonan pelupusan bagi sembilan unit 'alat pemanas pinggan' yang tidak digunakan pada 18 Nov lalu sementara HKL
mula menggunakan peralatan itu bermula Oktober 2013. 

4

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sahamboi 7-4-2014 09:42 PM
Bila lagi nak cekik duit rakyat. Setakat keluar laporan audit diorang tak heran lansung... tiap2 tahun keluar masalah sama, ape ade hal... yang penting pemimpin dan businessman kroni buncit perut kenyang sukahati, rakyat dapat rm500 setahun pun patut bersyukur beribu ribu ribu ribu kali....
Quote dino 7-4-2014 09:48 PM
sahamboi posted on 7-4-2014 09:42 PM
Bila lagi nak cekik duit rakyat. Setakat keluar laporan audit diorang tak heran lansung... tiap2 tah ...

mmg nikmah pelahap duit kaw2 nih....
cite sama tiap2 tahun..... perlu ke komen2 meratib overdose guling2. ? cc @totokreturn
Quote bambimo 7-4-2014 09:50 PM
Tiap2 tahun sama...xde tindakn kenapa ye..sbb ikan jerung yg mark up...

Yg untung company yg dpt tender cetek buku laporan audit negara hehehe..masyuk wooo...

Ada le prnah duduk hospital kerajaan..tp time aku le..xprnah br rezeki nk dpt ikan siakap..asyik ikan tongkol...huhuhu

Last edited by bambimo on 7-4-2014 09:52 PM

Quote brownstone 7-4-2014 09:53 PM
Idamkan ikan yg lebih murah?? Belilah sendiri...

Dah frust dgn laporan audit, tiap2 tahun ada cela tp x pernah tambahbaik pon
...
Quote johndoe17 7-4-2014 09:56 PM
Gomen biasalah...
Peruntukan kat hospital byk tp mesin scan siap salotep xberganti2 7-8 tahun..
Duit hala kat mana ntah...
Quote munchkin 7-4-2014 09:57 PM
banyak tu markup
Quote kecimpret 7-4-2014 09:58 PM
aku yakin yg melahap ni org melayu Islam bukan kapir..takpe laa nnt gi umrah suci balik

Quote R2D2 7-4-2014 09:59 PM
PUTRAJAYA - Rakyat negara ini digalakkan untuk membeli ikan sejuk beku yang diimport kerana harganya lebih murah berbanding ikan segar tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun harga ikan sejuk beku yang diimport murah, namun kualitinya terjamin dan tetap sama dengan ikan segar tempatan
Quote mikasa 7-4-2014 10:06 PM
Jual kat pasar rm10. Customer bayar terus dpt duit. Jual kat gomen rm20. Berapa bulan baru dpat payment. Nak kena tolak elaun keraian pihak hospital waktu majlis tertentu lagi.

Lepas tolak semua kos melepas..agak2 berapa laa rege untung bersih seekor ikan based on rm20 yer
Quote vespa_oren 7-4-2014 10:12 PM
kementerian kesihatan nie kira ok lah,

cuba buat audit kementerian pertahanan atau kementerian pelajaran

Quote maskira 7-4-2014 10:13 PM
Ye ke harga pasaran sotong sekilo RM9.50 ?
Quote berancuk 7-4-2014 10:15 PM
tertunggu-tunggu audit sukom 1998
Quote mikasa 7-4-2014 10:17 PM
Baru mark up 100% dah bising. Dulu kementerian apa yg mark up sampai beratus percent tu ok jah
Quote hanakikan 7-4-2014 10:20 PM
Mcm x tahu pulak. Ke bodoh? Atau buat2 bodoh?
Quote R2D2 7-4-2014 10:24 PM
KUALA LUMPUR 25 Okt. — Harga kontrak pembelian sebuah binokular marin (penglihatan malam) oleh Jabatan Taman Laut Malaysia didapati 2,805 peratus lebih mahal berbanding harga pasaran.


Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan barangan itu yang harga pasarannya RM1,940 telah dibeli pada harga RM56,350 sebuah.

Sementara itu, Binokular Bushnell (penglihatan malam) yang berharga RM2,827 di pasaran, dibeli pada harga RM56,350 sebuah, iaitu 1,893 peratus lebih tinggi.

Ini adalah antara perbezaan harga barangan yang dibeli jabatan itu, yang dikenal pasti Jabatan Audit Negara melebihi antara 177 peratus hingga 2,805 peratus berbanding harga pasaran.
Quote mikasa 7-4-2014 10:26 PM
Camana org melayu nak kaya kalau markup 100 % dah bising.

Kalau nak meniaga ngan gomen. Kena mark up paling kurang 500%
Quote Babai 7-4-2014 10:31 PM
Kepala bootoh la orang2 yang terlibat dalam kontrak ni!!!

Jangan lupa jugak untuk cek kontrak makanan ke sekolah berasrama!!!!
Quote Siput.Lala 7-4-2014 10:41 PM
Jangan harap la pemimpin kerajaan nak bersih kalau pemilihan parti pun dah ada politik wang
Quote syabee 7-4-2014 10:46 PM
bukan setakat sepital....ce gi audit kat sekolah lakkk..barang2 supplier juai  harga giler babi mahalll

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.073627 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top