CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Giliran Lelaki Jadi Mangsa Mat Afrika !

9-4-2014 01:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7662| Komen: 36

Gambar hiasan


Kuala Lumpur: Jika dulu wanita sering menjadi sasaran mudah jerat percintaan ‘love scam’, namun kini jumlah lelaki yang menjadi mangsa sindiket didalangi warga Afrika didapati semakin meningkat.

Statistik polis pada 2012 mendapati 300 lelaki menjadi mangsa ‘love scam’, meningkat kepada 331 kes tahun lalu.

Pada 2012, wanita menjadi mangsa jerat percintaan ini 514 orang, meningkat kepada 764 tahun lalu. Jumlah kerugian pada 2012 sebanyak RM33.615 juta sebelum meningkat kepada RM35.7 juta tahun lalu.

Kebiasaannya, modus operandi ‘love scam’ ialah penghantaran secara rawak e-mel atau mesej peribadi akaun Facebook (FB) mengenai wanita kacukan Malaysia dan Eropah yang mahu meminta bantuan mencari susur galur keturunannya di negara ini.

Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Asisten Superintendan Mohd Syafiq Jinuin Abdullah berkata, kebanyakan mangsa lelaki mudah terpedaya berikutan gambar seksi dan cantik yang digunakan anggota sindiket terbabit.

“Mereka meletakkan gambar wanita cantik dan seksi sebagai profil dalam akaun media sosial bagi menarik perhatian mangsa,” katanya, semalam.
Menurutnya, jumlah kes membabitkan lelaki berusia antara 31 hingga 49 tahun menunjukkan peningkatan dua kali ganda iaitu daripada 63 orang pada 2012 kepada 106 tahun lalu manakala wanita daripada seramai 177 (2012) kepada 231 pada tahun lalu.

Soal siasat mendapati punca mangsa mudah ditipu disebabkan ingin mencari keseronokan selain memilih cinta alam maya tanpa memikirkan akibatnya.
“Ada segelintir mangsa yang mengaku sekadar suka-suka kerana dapat berkenalan dengan wanita kacukan selain mahu mencuba bidang perniagaan atau pelaburan yang ditawarkan kononnya mampu menjadikan mereka kaya,” katanya.

2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembawabeca 9-4-2014 06:13 AM
Aisha Abdul Rahim ek? Sebenarnye mat nigeria mana tah..
Xde orang jumpa sape owner gambar sebenar tu?
Ni akaun palsu dia:
https://www.facebook.com/Aishal.Rahim

Quote AbukRokok 9-4-2014 07:24 AM
Aku pun ada dpt jga... tp da bbrapa mggu xcontact... rasa mcm nk scam la dia... siapa lh tolong
Quote famri7 9-4-2014 07:28 AM
Once you go black...
Quote pelukis.plan 9-4-2014 07:46 AM
macam tu pun nak layan..
tak kan la tiba2 ada minah cantik nak contact pakai email je
pakai la akal sikit
jgn pakai semua untuk politaik
Quote Bell 9-4-2014 08:03 AM
Aku plak ada minah nama Amina Fadwa try nak ngorat aku kat yahoo mail. Siap kasi facebook account, kirim gambar, etc. Aku layan la jugak - nak tahu sejauh mana. At last dia sendiri yg stop. Mungkin rasa dipermain dek aku kut....

Tiba-tiba awek cun dtg nak serah tubuh? masuk akal ker...
Quote berancuk 9-4-2014 08:07 AM


Quote True-X 9-4-2014 08:14 AM
Lelaki2 ANTERTU yg selalu kene tipo ni kot...
Quote hanakikan 9-4-2014 08:17 AM
Selalu dptl mesej nak kenal. Mutual friend pun xde. Stranger sgt
Quote BotakChinPeng 9-4-2014 08:40 AM
Nigga nak jadi pompuan pulak dah. Dasar kaum bapok
Quote -electrifying- 9-4-2014 08:47 AM
ade dpt msg dr fb 2-3 ekor gak la. msg2 ayt yg sama je. dia taip pnjg2 aku balas hai je
Quote xanderz 9-4-2014 08:56 AM
kat mudah pun ada. especially klu nk jual barang. dah dua tiga kali mesej. tapi aku ckp x jual and send overseas. sebab modus operandi sama, mesti nak suruh send pi nigeria.

sorry, i dont deal with overseas shipping.  
Quote donut_1752 9-4-2014 09:29 AM
berancuk posted on 9-4-2014 08:07 AM

badan kekar sgt tu
Quote duniaku85 9-4-2014 09:47 AM
lelaki ni pantang dpt minah cunn..tu psl tak pikir panjang..sanggup labur duit...jnji dpt minah cun..tp tgk mamat tu mcm tak hensem pun..
Quote intriQue 9-4-2014 11:14 AM
Ye ke lelaki sejati tak lentuk kena ayat?

p/s - beserta gambar wanita cantik tu.....hehehe
Quote dino 9-4-2014 11:16 AM
berancuk posted on 9-4-2014 08:07 AM

adoi gambo nih
Quote annehuda 9-4-2014 11:17 AM
“Ada segelintir mangsa yang mengaku sekadar suka-suka kerana dapat berkenalan dengan wanita kacukan selain mahu mencuba bidang perniagaan atau pelaburan yang ditawarkan kononnya mampu menjadikan mereka kaya,” katanya.-myMetro


akhirnye sendiri jadi kayap bilelah manusia akan sedar the only way is the hard way kalau nak kaya/kurus ni?
Quote dewi 9-4-2014 11:21 AM
tajuk tak leh blah ni acik D ingat lelaki aprika sudah sondol lelaki mesia td  ..  

Quote pinky_incognito 9-4-2014 11:30 AM
berancuk posted on 9-4-2014 08:07 AM

oh my, "cantik" sume wanita ini
Quote applemy 9-4-2014 11:32 AM
Ada dapat.. tapi selalu received dlm folder spam.. ai delete je la.. tak kuasa nak tgk.. camne la dia kata ai seksi & menggiurkan, padahal ai tak penah upload gambo kat FB.. hiks!

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.132429 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top