CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

MH370 Ada Di Kandahar Kata Russia

11-4-2014 05:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 178091| Komen: 2498


Akhbar Rusia dakwa MH370 kini di Kandahar


TEHERAN 10 April - Sebuah akhbar Rusia tampil dengan teori mendakwa pesawat berkenaan dirampas dan disembunyikan di wilayah Kandahar, Afghanistan berhampiran sempadan Pakistan.

Akhbar Moskovsky Komsomolets yang memetik sumber agensi perisikan Rusia turut melaporkan bahawa kedua-dua juruterbang pesawat berkenaan tidak bersalah dalam insiden tersebut.
"Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang bersama anak kapal dirampas. Kedua-dua juruterbang itu tidak bersalah, pesawat itu dirampas oleh beberapa pengganas yang tidak diketahui.

"Kami tahu nama pengganas yang memberi arahan kepada juruterbang adalah 'Hitch'. Pesawat itu berada di Afghanistan, tidak jauh dari Kandahar berhampiran sempadan Pakistan,"lapor akhbar itu yang mempunyai edaran kira-kira 1.1 juta. Menurut laporan akhbar itu, pesawat itu berada di sebuah jalan raya berhampiran kawasan pergunungan dan sayap kapal terbang itu patah.


"Mungkin pesawat itu mendarat dalam keadaan tidak lancar, namun semua penumpang dalam kapal terbang itu selamat, mereka hidup tanpa makanan,"katanya.
Bagaimanapun, sumber atau agensi perisikan dalam laporan itu tidak dinamakan.

Malah, dakwaan akhbar itu juga tidak dilaporkan dalam mana-mana media arus perdana di Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia.   
Akhbar itu turut melaporkan, beberapa pakar dalam pesawat itu telah dibawa ke sebuah tempat persembunyian di Pakistan.

"Seramai 20 pakar Asia ditahan. Malah, terdapat seorang rakyat Jepun dalam kalangan mereka,"katanya yang mungkin merujuk kepada pekerja Freescale Semiconductor.
Pihak berkuasa Malaysia berkata, pesawat MH370 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi dan operasi pencarian untuk mengesan serpihan kapal terbang itu sedang dijalankan.

Pada 16 Mac lalu, akhbar The Independent turut melaporkan beberapa khabar angin bahawa pesawat tersebut telah terbang ke 'sebuah kawasan yang dikawal oleh Taliban', kira-kira seminggu selepas MH370 hilang.



"Pesawat MH370 yang hilang itu mungkin diterbangkan secara sengaja melepasi radar ke kubu kuat Taliban di sempadan Afghanistan, isu ini mungkin wujud berikutan pihak berkuasa berkata, mesej terakhir yang diterima dari kokpit selepas sistem transponder pesawat itu dimatikan.

"Namun, dakwaan ini dibuat sebelum pihak berkuasa Malaysia mengumumkan MH370 hilang di suatu tempat di Lautan Hindi,"katanya.

Pihak berkuasa Australia sedang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pesisir pantai Perth yang terletak di barat negara itu. 

Thread V1 - Maklumat Rasmi KEHILANGAN MH370 V1 [Hari ke9] (10/3/14 - mziskandar)

Thread Original/Speku
Thread V1 - Pesawat MAS dari KL ke Beijing hilang (8/3/14 - mylia)
Thread V5 - MH370 V5 ( Hari Ketiga Pesawat Masih Menjadi Misteri) (10/3/14 - AdamBillionaire)
Thread V6 - V6 : Lokasi terakhir MH370 di Pulau Perak, Selat Melaka. (11/3/14 - AdamBillionaire)
Thread V7 - V7 Kronologi Radar MH370 (11/3/14 - AdamBillionaire)
Thread V8 - V8 Kehilangan MH370 - Teori Konspirasi (12/3/14 - Acong)
Thread V9 - V9 MH370 -Last ending (12/3/14 - seng_kuseng)
Thread V11 - V11 MH370 : Hisham - Cannot confirm "no hijacking," (13/3/14 - vespa_oren)
Thread V12 - V12 MH370 : Malaysian Official Says Missing Plane Hijacked (14/3/14 - wongedandotcom2)
Thread V14 - V14: Cabaran mengesan MH370 di Lautan Hindi ! - 2# (13/3/14 - tongkatwaran75)
Thread V15 - V15: MH370 - Di manakah dia? (17/3/14 - Muntz)
Thread V16 - V16: MH370 - SKALA OPERASI SAR SEMAKIN BESAR MELIBATKAN BYK NEGARA(19/3/14 - Presiden_Lanun)
Thread V17 - V17: MH370 - TEORI BERALIH ARAH KE AUSTRALIA LAUTAN HINDI SELATAN
20/3/14 - Presiden_Lanun)
Thread V18 - V18: MH370 - MISI SAR OPS SEMAKIN MENDUGA (21/3/14 - Presiden_Lanun)
Thread V19 - V19: MH370 - SUDAH MELEPASI 370 JAM HILANG (22/3/14 - Presiden_Lanun)
Thread V20 - V20: MH370 - TELAH DISAHKAN TERHEMPAS DI LAUTAN HINDI (24/3/14 - Presiden_Lanun)
Thread V21 - V21: MH370 - AL-FATIHAH DISAHKAN ENDED STORY DI LAUTAN HINDI (25/3/14 -Slippergombak)
Thread V22 - V22: MH37 - AL-FATIHAH DISAHKAN ENDED STORY DI LAUTAN HINDI (26/3/14 -Slippergombak)
Thread V23 - V23: MH370 PETUNJUK BARU KEPADA PENEMUAN MH370 ADAKAH BENAR..??(27/3/14 -totokreturn)
Thread V24 - V24: MH370 -PETUNJUK SATELIT SEMAKIN MEMBERI TINDAKBALAS POSITIF(28/3/14 -totokreturn)
Thread V25 - V25: MH370 - PETUNJUK BARU BERCANGGAH DENGAN MAKLUMAT TERDAHULU (31/3/14 - Presiden_Lanun)

Thread V26: MH370 Usaha Mencari Kotak Hitam Diteruskan (daitechgroup )


11

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote itik_kuning 11-4-2014 02:17 PM
pulak. lepas satu, satu teori pelik yang keluar.
Quote dino 11-4-2014 02:20 PM
paper ala utusan neh
Quote AbukRokok 11-4-2014 02:22 PM
dino posted on 11-4-2014 02:20 PM
paper ala utusan neh

selagi xkluar dalam utusan..saya xpercaya
Quote dino 11-4-2014 02:24 PM
AbukRokok posted on 11-4-2014 02:22 PM
selagi xkluar dalam utusan..saya xpercaya

tp cite ni kluar utusan
Quote AbukRokok 11-4-2014 02:29 PM
dino posted on 11-4-2014 02:24 PM
tp cite ni kluar utusan

nampaknya kne purcayala aritu pun ada anta komando kat northern koridor
Quote AbukRokok 11-4-2014 02:30 PM
STONER posted on 11-4-2014 02:27 PM
apa kata bomoh rusia?

tggu bomoh russia tampar beruang dulu

Quote dino 11-4-2014 02:34 PM
AbukRokok posted on 11-4-2014 02:29 PM
nampaknya kne purcayala  aritu pun ada anta komando kat northern koridor

nmpknya pakat2 kena purcaya,.... mai senah nanti disuruh sembah berhala
Quote cmf_herrhughie 11-4-2014 02:34 PM
Saya paling syak USA Dan ailed dia sekarang....

Dan mungkin USA dah pegang suatu secret Malaysia, jadi Malaysia dah ditarik hidung USA...
Quote burque 11-4-2014 02:35 PM
AbukRokok posted on 11-4-2014 02:22 PM
selagi xkluar dalam utusan..saya xpercaya

Aku terdisleksia jap dan nampak ayat ko macam "seluar dalam utusan..."
Quote sepiITUindah 11-4-2014 02:37 PM
patut ler cari dilautan hindi kat perth tak jumpa-jumpa
Quote perang_candu 11-4-2014 02:37 PM
malas nak baca .. baca kang kena suruh sembah berhala pulak.
Quote AbukRokok 11-4-2014 02:39 PM
cmf_herrhughie posted on 11-4-2014 02:34 PM
Saya paling syak USA Dan ailed dia sekarang....

Dan mungkin USA dah pegang suatu secret Malaysia, ...

admit it

Malaysia akan jadi Sekutu US juga akhirnya
jauh tersasar dari impian para penganut ajaran Mistisfiles
TPPA coming soon

mengata Iran
Paku Serpih
Mengata Shia
Sunni Syumul Malaysia yang lebih

kawan semunyi semunyi serael zionist


Quote AbukRokok 11-4-2014 02:39 PM
dino posted on 11-4-2014 02:34 PM
nmpknya pakat2 kena purcaya,.... mai senah nanti disuruh sembah berhala

tggu senah masuk
Quote dino 11-4-2014 02:44 PM
AbukRokok posted on 11-4-2014 02:39 PM
tggu senah masuk

pakat2 standby sembah berhala
Quote chaoyunjie 11-4-2014 02:58 PM
kalau betul, Alhamdulillah penumpang masih selamat lagi....
Quote fifie_olin 11-4-2014 02:59 PM
aku percaya kalo btl2 ada bukti
Quote zorrro_03 11-4-2014 03:00 PM
dino posted on 11-4-2014 02:34 PM
nmpknya pakat2 kena purcaya,.... mai senah nanti disuruh sembah berhala

Senah tu sembah berhala lata ke uzza?  
Quote munchkin 11-4-2014 03:02 PM
Kalau betul moga selamat... Survive tanpa makanan tu. at least bagilah makanan dan minuman. Tak minta apa pun.
Quote kucingTomey 11-4-2014 03:04 PM
kan aku dah kata...tadke terhempas nye la.....ni lebih pada masalah negara ni...mesia di kambing hitamkan...atau pun mesia dianakrozitachewankan......takde terhempas...kalau terhempas mesti jumpa tak banyak sikit kesan2...ni dah dekat sebulan boh...satu hama pun tak jumpa

Lihat semua komen(2498)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.129814 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top