CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pintu Pagar Gelongsor Roboh, Pekerja Patah Kedua Kaki

17-4-2014 09:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8200| Komen: 28





PINTU pagar yang menghempap Chee Hau.


Kuantan: “Saya hanya terbayang maut selepas pintu pagar gelongsor seberat hampir 50 kilogram (kg) terbalik dan menghempap kaki,” kata Tan Chee Hau, 32.


Pekerja kilang makanan ringan itu patah kedua-dua kaki akibat dihempap pintu pagar besi di premis tempat dia bekerja di Bandar Indera Mahkota 3 di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dengan bantuan bapanya yang turut bekerja di kilang berkenaan untuk rawatan.

Menceritakan kejadian, Chee Hau berkata, dia berjalan untuk keluar dari kilang selepas selesai waktu bekerja dan melalui ruang pintu pagar besi itu yang terbuka sedikit.

Katanya, ketika cuba mencelah melalui ruang berkenaan, pintu pagar besi itu tiba-tiba terbalik dan menghempap kedua-dua kakinya sehingga patah. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 17-4-2014 09:20 AM
Kuantan: “Saya hanya terbayang maut selepas pintu pagar gelongsor seberat hampir 50 kilogram (kg) terbalik dan menghempap kaki,” kata Tan Chee Hau, 32.


Pekerja kilang makanan ringan itu patah kedua-dua kaki akibat dihempap pintu pagar besi di premis tempat dia bekerja di Bandar Indera Mahkota 3 di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dengan bantuan bapanya yang turut bekerja di kilang berkenaan untuk rawatan.

Menceritakan kejadian, Chee Hau berkata, dia berjalan untuk keluar dari kilang selepas selesai waktu bekerja dan melalui ruang pintu pagar besi itu yang terbuka sedikit.

Katanya, ketika cuba mencelah melalui ruang berkenaan, pintu pagar besi itu tiba-tiba terbalik dan menghempap kedua-dua kakinya sehingga patah. -myMetro

p/s tak buat penyelenggaraan...NIOSH masuk...

Quote gaara_X 17-4-2014 09:22 AM
pergh!!...sadisnya
Quote harimau76 17-4-2014 09:25 AM
bila tgk gambar pintu pagar tu, masih tak paham camna pintu pagar tu leh terbalik...
Quote mdmyana 17-4-2014 09:25 AM

Tak terbayang sakitnya...
Quote namirulmukminin 17-4-2014 09:29 AM
harimau76 posted on 17-4-2014 09:25 AM
bila tgk gambar pintu pagar tu, masih tak paham camna pintu pagar tu leh terbalik...

AKu pon tertanyakan soklan yang sama...
Quote Mulan 17-4-2014 09:30 AM
harimau76 posted on 17-4-2014 09:25 AM
bila tgk gambar pintu pagar tu, masih tak paham camna pintu pagar tu leh terbalik...

pehhh... ngerinya... siannya..  

i rasa pagar tu terbalik sbb roda2 tu maybe karat & patah..  nampak macam taklah mudah terbalik kat setakat terlanggar dek manusia ..
Quote -electrifying- 17-4-2014 09:44 AM
perit tu hidup patah kaki, dua2 plak tu
Quote harimau76 17-4-2014 09:50 AM
Mulan posted on 17-4-2014 09:30 AM
pehhh... ngerinya... siannya..  

i rasa pagar tu terbalik sbb roda2 tu maybe karat & patah..  n ...

yup.. tu lapasal.. drp gambar tu nampak masih gagah berdiri.. sebelah kiri ada penhadang dan roda.. blah kanan ada dinding..
Quote myakayina 17-4-2014 09:54 AM
kesiannyer..
Quote PostBanhammer 17-4-2014 09:55 AM
Indera Mahkota 3 ni yang dekat dengan Kolej Shahputra tu kan?
Quote aurora273 17-4-2014 10:03 AM
namirulmukminin posted on 17-4-2014 09:29 AM
AKu pon tertanyakan soklan yang sama...

aku pon same... terpikir2
Quote huJanBaTu 17-4-2014 10:04 AM
dapat socso..pencen ilat
Quote pakweneelofa 17-4-2014 10:12 AM
kasihan...tk tau nk kutuk ape
Quote genchi 17-4-2014 10:13 AM
ushhh.. seriyau tgk kaki dia ternaik sblh tuh

siap ada darah lagik... patah luar la kot ekk..
Quote kucen_miang 17-4-2014 10:17 AM
ke dia panjat pagar tu spi terbalik?
Quote tupaiterbang 17-4-2014 10:25 AM

Sampai terpeleot kaki dia....

Quote ais_kosong 17-4-2014 10:26 AM
ngeri tengok kaki dia patah mcm tu
Quote ell768 17-4-2014 10:26 AM
perrghhh...caner pagar tu leh roboh..giler berat tu...seriau nengok kaki terlipat mcm tu...
Quote TEDDYASESARA 17-4-2014 11:04 AM
ngeri ooo...... patah kedua-dua kaki kena hempap pintu pagar besi tu

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.104358 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top