|
KETIKA ramai pihak menuduh Hrithik Roshan 'besar kepala' kerana meminta bayaran tinggi untuk projek terbaharunya, Shuddhi, lain pula ceritanya dengan Karan Johan yang membela aktor itu. Sebelum ini timbul khabar bahawa Hrithik bercadang untuk menolak tawaran filem Shuddhi kerana bayaran yang rendah, namun selepas ditawarkan bayaran yang tinggi termasuk keuntungan dibahagi kepadanya baharulah Hrithik menerima tawaran tersebut. “Artikel itu tidak benar sama sekali, apatah lagi ia menyatakan Hrithik meminta pembahagian keuntungan yang besar. Bagi saya berita itu tidak benar dan tidak ada fakta,” ujar Karan menerusi akaun Twitternya. ![]()
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
23-2-2026 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.036992 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.