CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘ Belut Aku Hilang ! ’

21-4-2014 03:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5475| Komen: 19



Parit Buntar: Hasrat seorang bapa membelikan anak sulungnya basikal baru terpaksa ditangguhkan apabila 30 kilogram belut dikumpulnya untuk dijual lesap dikebas pencuri.


Dalam kejadian di Sungai Labu,Tanjung Piandang, di sini, semalam, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Syuib, 43, berkata, kejadian berkenaan disedarinya kira-kira jam 7.30 pagi apabila mendapati semua belut yang dikumpulnya selama tiga hari hilang.


Menurut Syuib, lebih mengejutkannya apabila terdapat sebatang penyauk yang patah di tepi tong penyimpanan dipercayai digunakan pencuri untuk mencuri belut berkenaan.


“Saya terkejut apabila mendapati semua belut itu sudah tiada ketika hendak keluar menjualnya kepada peraih dan kejadian ini bukanlah yang pertama kali di kampung ini kerana sebelum ini terdapat juga penduduk mengalami nasib sama.


“Hasrat saya dan isteri untuk menghadiahkan anak basikal tidak kesampaian dan terpaksa melupakan hasrat itu kerana mengalami kerugian kira-kira RM400,” katanya.


Menurutnya, harga belut yang kini mencecah RM13 sekilogram menyebabkan kegiatan mencuri hasil tangkapan itu semakin menjadi-jadi di kampung berkenaan. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dewa19XKangen 21-4-2014 06:41 AM
aku saspek keja budak2,bukan orang tua..
Quote intriQue 21-4-2014 06:43 AM
30kg......! Byk tu......

p/s - sup belut sodap
Quote MissNigga 21-4-2014 07:00 AM
Bertabahlah pocik...
Quote pakweneelofa 21-4-2014 07:21 AM
belut tu lari...apa..igt belut tak de kaki tk leh lari ke??? u judge bad bro!
Quote Simunggu 21-4-2014 07:24 AM
ingat 4 tan tadi....hehehehe
Quote brookemcqueen 21-4-2014 09:15 AM
kesiannye...beria nak hepikan anak, org curi pulak.
Quote annehuda 21-4-2014 09:17 AM
org zaman skrang ni mcm dah tak kenal ape itu dosa pahala.
Quote AbukRokok 21-4-2014 09:21 AM
makan belum rasa macam ayam....
Quote melzal 21-4-2014 09:22 AM
Tergelak aku kat tt ni....hari ni tajuk hilang je ye...
Quote a_gen2 21-4-2014 09:28 AM
tak de nombor akaun ke? Kesian pulak abang ni..apa kata warga CI sama2 tolong bagi derma agar dia boleh beli basikal utk anak dia.  RM400 bukan byk mana..sorang RM10 hanya perlu 40 org aje.  
Quote -electrifying- 21-4-2014 09:34 AM
takziah, patut hudud kan je pencuri2 kt malaysia ni, menyirap aku.
Quote ctaz 21-4-2014 09:38 AM
kesian aku kat pakcik nih...
niat murni dia nak belikan basikal tuk anak dia....
Quote prettyuglybabe 21-4-2014 09:52 AM
kasihannya.. semoga tuhan gantikan dengan rezeki yg lain..
Quote kokocrunch 21-4-2014 09:59 AM
kurang asam punya penyamun.
Quote budakmanentah 21-4-2014 10:02 AM
kesiannya kat pakcik ni..moga pakcik dpt rezeki yg lain la
Quote MengkuduMasam 21-4-2014 10:04 AM
pekena laksa belut best ni
Quote salimrock 21-4-2014 10:18 AM
brookemcqueen posted on 21-4-2014 09:15 AM
kesiannye...beria nak hepikan anak, org curi pulak.

kan...kesian pak syuib....semoga lepas ni ada lah rezeki beliau utk belikan basikal utk anak... Last edited by salimrock on 21-4-2014 10:20 AM

Quote Cyempaka 21-4-2014 11:32 AM
sabarla pacik..semoga beliau sabar dan redho.. insyallah lepas ni Allah akan gantikan dengan rezeki berlipat ganda
Quote mizlily 22-4-2014 10:49 AM
xpe rezeki lepas ni lagi banyak pakcik...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.050372 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top