CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Laki Bini Ditetak Depan Rumah !

22-4-2014 10:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6940| Komen: 24

Taiping: Seorang wanita nyaris putus tiga jari kanan manakala suaminya menerima 11 jahitan di kepala akibat ditetak dua suspek bersenjata parang dalam kejadian samun di Kampung Aulong Baru, Aulong, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.40 malam itu, Fong Hui Kuan, 29, dijemput suaminya, Tan Wui Tai 32, dengan menaiki kereta selepas dia selesai berkerja di sebuah pasar raya, di sini.

Menurut Hui Kuan, setiba di rumah, mereka terkejut mendapati motosikal dinaiki dua suspek menghalang pintu pagar ketika mahu memasuki rumah.
“Berang dengan keadaan itu, saya segera keluar dari kereta untuk memarahi kedua-dua lelaki berkenaan, namun terpaksa melarikan diri masuk ke dalam kereta semula berikutan diugut menggunakan parang oleh seorang suspek yang cuba meragut beg tangan saya,” katanya.

Fong berkata, sejurus masuk ke dalam kereta dia terus mengunci pintu, tetapi suspek mendesaknya menyerahkan beg tangan berkenaan.
Katanya, suami yang berang membuka pintu kereta yang mengenai seorang daripada mereka lalu berlaku pergelutan.

“Ketika pergelutan, seorang suspek menetak kepala suami dengan parang dan tidak cukup dengan itu rakan suspek memukul suami yang cedera parah tanpa belas kasihan.

“Melihat keadaan suami yang lembik dikerjakan suspek, saya segera mendapatkannya namun ketika memangku suami, suspek sekali lagi cuba menetaknya dan saya cuba menghalang mengakibatkan jari tangan kanan luka teruk dan hampir putus,” katanya.

Menurutnya, melihat keadaannya itu, suspek yang memakai topi keledar dan menutup muka melarikan diri menaiki motosikal Honda EX5 berwarna merah tanpa nombor pendaftaran ke arah jalan utama.

Suasana riuh rendah itu mengejutkan beberapa jiran berhampiran datang dan cuba membantu.

Dia yang trauma dengan kejadian itu berkata, suaminya kini terlantar di Hospital Taiping dan menerima 11 jahitan di kepala manakala dia menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang bagi mencantumkan kembali tiga jarinya yang terkulai dan hampir putus itu.

Berikutan itu Hui Kuan yang bimbang akan keselamatannya turut membuat laporan di Balai Polis Taiping berhubung kejadian Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan. 


TAN menerima 11 jahitan di kepala akibat ditetak.

8

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
11

Sedih
4

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 22-4-2014 07:23 AM

TAN menerima 11 jahitan di kepala akibat ditetak.
Quote MissNigga 22-4-2014 07:34 AM
dah masuk dalam kete... cabut ler...awat bukak balik
Quote pakweneelofa 22-4-2014 07:57 AM
hakak faham sangat la cina2 ni...ganas tk tentu harah
Quote NURMIMIE 22-4-2014 08:06 AM
MissNigga posted on 22-4-2014 07:34 AM
dah masuk dalam kete... cabut ler...awat bukak balik

kan?

duhhh.. kalau ai, lepas dapat masuk dalam kereta,

memang kenduri lah motor tuh ku langgar gostan gohead gostan gohead sampai lunyai..
Quote MissNigga 22-4-2014 08:24 AM
NURMIMIE posted on 22-4-2014 08:06 AM
kan?

duhhh.. kalau ai, lepas dapat masuk dalam kereta,

terlampau sayang reta sesangat .. tapi nyawa sundirik tak sayang
Quote johndoe17 22-4-2014 08:26 AM
Kes hutang kah?..
Quote xtahumenahu 22-4-2014 08:36 AM
dalam keadaan kelam kabut+marah+panik....x boleh nak berfikir dengan waras
Quote supernaturalee 22-4-2014 08:42 AM
berani tak bertempat
Quote -electrifying- 22-4-2014 10:02 AM
ape lah bodoh org cmni, sihat2 tu gi la cri keje bangang
Quote imransulaiman 23-4-2014 01:23 PM
ish! kenapa nak tunjuk hero sampai jadi macam ni?
Quote lurve82 23-4-2014 01:27 PM
Klu ada org halg laluan camni ke apa ke xyah la nk tunjuk terer...kecuali klu ada pistol kat tgn....bwk kete terus g balai polis...
Quote weeween 23-4-2014 02:39 PM
Adoi... ngerinya tgk jahitan kt kepala tu.
Quote Perkele 23-4-2014 02:44 PM
MissNigga posted on 22-4-2014 07:34 AM
dah masuk dalam kete... cabut ler...awat bukak balik

nak tanya perkara yg sama...awat dok feeling2 rambo pelbagai kan ?? nan hado sajoo
Quote sashin 23-4-2014 02:46 PM
hmmm mana lah bangsa2 cina ni tak geram ngn melayu..nila setitik...rosak susu sebelanga...
tolong kasi hantam all mat rempit kalau tertangkap before kasi kat police
Quote Marapetaka999 23-4-2014 03:14 PM
sekali lipan di atas pala da.....
Quote devilito2 23-4-2014 05:15 PM
ya Allah... manusia sekarang nie xde belas kasihankah???
Quote Loxlaxman 23-4-2014 05:18 PM
Dah jadi Frankenstein dah apek tu aku tengok ... kesiann.
Quote akificha 23-4-2014 10:25 PM
dasyatnya dunia sekarang..jahat betul la perompak ni..biar Tuhan membalasnya
Quote aikee04 23-4-2014 10:39 PM
kg teman tu weihhh....

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.061734 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top