CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Perempuan Ditipu Pengkid Rm90,000

26-4-2014 04:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5633| Komen: 15

Gambar hiasan


Kuala Lumpur: Seorang wanita terpaksa menanggung malu dan kerugian RM90,000 gara-gara terpedaya dengan tawaran dijanjikan seorang pengkid untuk menjadi penganjur utama bagi sebuah pameran kecantikan di Melaka, Mac lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Vendy, 29, berkata, satu perjanjian dipersetujui pada Mei tahun lalu antara syarikatnya dan wanita berkenaan untuk mengadakan satu pameran kecantikan yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari pada November tahun lalu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Difahamkan, suspek yang dikenali sebagai Vivian berusia 20-an meminta menangguhkan pameran ini dari November tahun lalu kepada Mac lalu dengan memberikan alasan penaja untuk pameran berkenaan tidak mencukupi walaupun sebelum itu dijanjikan beberapa penaja besar bersetuju untuk bekerjasama.

“Malah, pameran ini turut dipromosikan secara besar-besaran di majalah dan akhbar.

“Selepas beberapa bulan, saya mula meragui tindakan Vivian kerana tidak muncul pada mesyuarat penting dan seolah-olah tiada tindakan susulan yang diambil dalam menjayakan pameran itu.

“Saya tambah terkejut selepas mendapati tiada tempahan dilakukan di MITC beberapa bulan sebelum pameran itu berlangsung.

“Vivian juga ada menghantar satu pesanan ringkas melalui ‘WeChat’ mengatakan yang ingin menarik diri daripada penganjur utama program berkenaan kerana kehabisan wang,” katanya selepas membuat aduan di Biro Pengaduan Awam di Wisma MCA semalam.

Menurutnya, dia terpaksa meneruskan juga pameran itu selepas beberapa perjanjian telah dibuat oleh syarikatnya bersama penaja dengan menggunakan wangnya sendiri.

“Saya berharap Vivian dapat ditahan segera dan laporan mengenainya juga sudah dibuat kepada polis,” katanya.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 26-4-2014 06:26 AM
Tentang diri sendiri pun dah menipu..,yang lain2 xde hal la...
Quote alinone78 26-4-2014 06:28 AM
Pengkid anjurkan prog kecantikan
Ye la tu
Quote amiraira 26-4-2014 09:11 AM
Byk duit beliau
Quote _ejat_ 26-4-2014 09:39 AM
-_- sangat kelakar .
Quote pakweneelofa 26-4-2014 10:43 AM
duit banyak tp bimbo bodoh
Quote purpledesire 26-4-2014 11:09 AM
mcm2 cara kalo org nak menipu skang nie..
Quote munchkin 26-4-2014 11:51 AM
Kesian pulak dengar
Quote mute 26-4-2014 12:04 PM
songsang punyer napsu..takpe lah
Quote tongkatwaran75 26-4-2014 12:40 PM
alinone78 posted on 26-4-2014 06:28 AM
Pengkid anjurkan prog kecantikan
Ye la tu



kannnnn...

Quote batmana 26-4-2014 12:41 PM
igtkn mamat aprika tadi..
Quote tongkatwaran75 26-4-2014 12:42 PM
[youtube]uR8LLLa5JwE[/youtube]
Quote tongkatwaran75 26-4-2014 03:31 PM

kesah bila kerang tino jumpo kerang jate...
Quote kukuKakiKakaKu 26-4-2014 09:18 PM
Awasss penipu dmana2..
Quote Shahreen74 28-4-2014 09:21 AM
klu pasal duit.. tolong lahh.. fikir berjuta2 kali lah... hishh... ramai sgt dah org nak senang kaya ngan cara menipu..
Quote akificha 28-4-2014 09:52 PM
buat pengajaran untuk kita semua..jngan buat mudah pasal duit.banyak tu...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.110721 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top