Obama tiba untuk lawatan tiga hari SUBANG 26 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tiba kira-kira pukul 4.50 petang di sini hari ini, bagi memulakan lawatan tiga hari ke Malaysia. Ketibaan Obama di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Yang turut hadir menyambut Obama ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Dr. Awang Adek Husin. Sebelum ini lawatan pemimpin nombar satu dunia itu ke Malaysia ditunda beberapa kali ekoran krisis politik yang menyebabkan pentadbiran kerajaan AS lumpuh. Obama merupakan Presiden AS kedua melawat Malaysia dalam tempoh 50 tahun selepas kali terakhir oleh Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966. Lawatan bersejarah itu merupakan sebahagian daripada siri lawatan Obama ke Asia meliputi negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Filipina. Kunjungan tersebut membawa makna besar bagi Malaysia kerana ia menggambarkan keyakinan AS terhadap negara ini selain pengiktirafan terhadap kepimpinan Najib. Pada masa yang sama, kesediaan Obama memilih Malaysia juga menunjukkan Washington yakin dengan situasi politik di negara ini yang aman dan harmoni. Sempena lawatan ini, Najib dan Obama dijangka membincangkan kerjasama ekonomi, pelaburan, aspek keselamatan, pertahanan serta sains dan teknologi. Beliau juga dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan melawat Masjid Negara.
|
6
Bagus |
15
Marah |
3
Terkejut |
9
Sedih |
12
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT