Tiada beza Obama dengan pemimpin dunia lain Presiden Barack Obama Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama KUALA LUMPUR - Kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke negara ini terus menjadi perbualan hangat dan dikaitkan dengan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang masih lagi dalam perbincangan. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menyifatkan manfaat kedatangan Obama ke negara ini tiada beza dengan pemimpin dunia yang lain. "Manfaatnya macam pemimpin-pemimpin lain juga. Baru-baru ini Presiden China... kita seronoklah orang datang. Tak ada beza," katanya kepada pemberita selepas merasmikan buku 'Saya, SPR dan Pilihan Raya' di dewan pameran Kumpulan Media Karangkraf di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Ketika dibangkitkan dakwaan kedatangan Obama dikaitkan dengan persetujuan perjanjian TPP, beliau menekankan bahawa AS perlu menghormati keputusan negara ini meskipun Malaysia sebuah negara kecil seumpama semut. "Saya harap tak ada paksaan. Nak datang, datanglah. Kita negara kecil. Kalau orang besar datang, kita rasa kecil. Jadi, apabila kita takut dengan orang, kita tandatangan. Kitalah yang akan mengalami kerugian. "Jadi, jangan ada paksaan. Kalau kita kata belum sampai masanya, hormatilah kita walaupun kita sebesar semut," katanya. Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai tulisan terbaru dalam blog miliknya, beliau seakan menolak dakwaan bahawa artikel tersebut ditujukan buat pemerintah negara ini. "Berkenaan penulisan saya dalam blog, tentang mereka yang berkuasa. Apabila cakap tentang pihak yang berkuasa, kita akan fikir berkenaan dengan kerajaan tapi semua orang ada kuasa termasuk pengundi... media. "Semua orang berkuasa, yang saya desak adalah supaya semua orang yang berkuasa menggunakan kuasa itu dengan cara yang baik dan tidak menyalahgunakan kuasa," katanya. PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama disambut Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika majlis sambutan rasmi negara di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. - Twitter @NajibRazak KENDERAAN yang membawa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dalam rangka lawatan selama 3 hari ke malaysia melintasi Jalan Sultan Ismail bagi menghadiri Jamuan bersama Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.
Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=800153
|
ADVERTISEMENT