Abdul Hamid KUALA LUMPUR 29 April - Kadar harga hartanah di Kuala Lumpur sehingga hari ini masih termurah berbanding bandar-bandar utama di rantau ASEAN, menjadikannya destinasi paling berkemampuan untuk dimiliki. Ketua Pengarah Penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan, Datuk Abdul Hamid Abu Bakar berkata, Kuala Lumpur bukan sahaja mempunyai hartanah paling murah, sebaliknya turut mempunyai infrastruktur yang lengkap dan pembangunan yang lebih pesat daripada bandar-bandar ASEAN yang lain. “Walaupun ramai dalam kalangan rakyat yang merungut harga hartanah terlalu mahal dan tidak berkemampuan di Kuala Lumpur, namun, di sini adalah lebih baik berbanding bandar-bandar besar yang lain di ASEAN," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Simposium Penyelidikan Hartanah Antarabangsa (IRERS) 2014 di sini hari ini. Simposium itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Mat Noor Nawi. Yang turut hadir pada majlis ialah Pengarah Institut Penilaian Negara (Inspen), Datin Faridah Mohammed. Bagaimanapun, ketika ditanya perbezaan harga di antara bandar raya Kuala Lumpur dengan bandar-bandar raya di ASEAN, beliau memberitahu tidak mempunyai data mengenainya pada ketika itu. Mengenai transaksi hartanah pada tahun ini, jelas Abdul Hamid, ia bakal menunjukkan penyusutan. Katanya, situasi itu telah berlaku sejak 2012 berikutan gaya pembeli hartanah yang berjaga-jaga dalam pasaran. “Situasi begitu amat baik kerana pembeli membeli hartanah masing-masing untuk disimpan atau digunakan, bukan untuk dijual semula. “Hal ini akan mengurangkan aktiviti spekulator hartanah yang menyebabkan peningkatan harga hartanah secara mendadak," ujarnya.
|
8
Bagus |
6
Marah |
3
Terkejut |
4
Sedih |
6
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
KUALA LUMPUR 29 April - Kadar harga hartanah di Kuala Lumpur sehingga hari ini masih termurah berbanding bandar-bandar utama di rantau ASEAN, menjadikannya destinasi paling berkemampuan untuk dimiliki.
spiderman80 posted on 2-5-2014 02:12 AM
Tapi memang betul kata beliau. Kali ini saya terpaksa bersetuju ngan kerajaan. Harga hartanah kita m ...
Bagaimanapun, ketika ditanya perbezaan harga di antara bandar raya Kuala Lumpur dengan bandar-bandar raya di ASEAN, beliau memberitahu tidak mempunyai data mengenainya pada ketika itu.
the_killer posted on 2-5-2014 11:05 AM
Boleh tak kalo statement Menteri dan Jusa yang memperbodohkan rakyat boleh dibuat laporan polis?
ADVERTISEMENT