CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gelombang Panas Kedua Lebih Teruk?

5-5-2014 10:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5508| Komen: 17

Empangan Sungai Selangor Baru Sahaja Mencapai Paras Takungan 40.1 Peratus Dan Catuan Sudah Ditamatkan Kerajaan Negeri.

SHAH ALAM - Persatuan Penyelidikan  Air dan Tenaga Malaysia (Awer) bimbang sekiranya gelombang kedua cuaca panas mengakibatkan catuan air berlaku dengan lebih teruk berbanding apa dialami selama dua bulan ini.

Presidennya, S Piarapakaran berkata, pihaknya khuatir sekiranya gelombang kedua cuaca panas berlaku mulai Jun ini bakal menyebabkan paras empangan tersebut lebih menyusut.
Piarapakaran berkata, beliau membidas keputusan kerajaan negeri menghentikan catuan air melibatkan Empangan Sungai Selangor.

Menurutnya, tindakan pengumuman tersebut digambarkan sebagai keputusan tidak profesional kerana sebelum ini kerajaan negeri melalui agensinya, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) menyatakan empangan tersebut perlu capai paras 55 peratus.

Katanya, sekiranya keadaan tersebut berlaku maka adalah lebih sukar untuk merawat air di bawah paras kritikal 30 peratus yang memerlukan lebih banyak kos kerana kandungan nutrien yang tinggi.

“Tindakan henti catuan ini tak profesional kerana setakat ini semua hanyalah ramalan sahaja maka apa akan jadi sekiranya keadaan cuaca panas lebih teruk.

“Sebelum ini mereka mengatakan empangan perlu capai paras 55 peratus tetapi sekarang baru kira-kira 40 peratus dan mereka sudah umumkan catuan dihentikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan berlaku catuan yang lebih kronik berbanding situasi dihadapi rakyat Selangor baru-baru ini.

Piarapakaran berkata, beliau mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) tidak memastikan sama ada pengumuman dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung catuan dihentikan berkuat kuasa kelmarin itu benar-benar merupakan keputusan tepat.

Menurutnya, beliau turut mengkritik kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kerana disifatkan sebagai tidak profesional.

Katanya, beliau mendapati semua pihak saling tuding-menuding antara satu sama lain berhubung krisis air ini.

“Saya tak setuju catuan dihentikan kerana kita perlu membuat persediaan sekiranya berlaku sebarang perkara yang berisiko.

“Span sepatutnya memainkan peranan memastikan Abdul Khalid tidak membuat keputusan silap,” katanya.menyusut menjelang musim panas pada Jun nanti.


14

Bagus
16

Marah
26

Terkejut
8

Sedih
15

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 4-5-2014 07:38 PM
Catu salah..tak catu pun salah..
Quote Anak_Nogori 4-5-2014 07:40 PM
harkktuih posted on 4-5-2014 07:38 PM
Catu salah..tak catu pun salah..

dah jadi kerajaan..baru tahu kan...masa belum jadi kerajaan...sedap mulut je mengata itu ini..sekarang.....raasainnnnnnnn loh..
Quote Anak_Nogori 4-5-2014 07:56 PM
Khalid: Air mentah bekas lombong selamat digunakan
25 April 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
1
Abdul Khalid Ibrahim Abdul Khalid Ibrahim
< 1 / 1 >
KLANG - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menepis dakwaan yang mengatakan bahawa langkah kerajaan negeri menggunakan air mentah dari bekas lombong untuk menampung keperluan air di Lembah Klang boleh menimbulkan masalah kesihatan kerana terdapat kandungan logam berat di dalamnya.

Beliau berkata kandungan air dari bekas lombong selamat digunakan berdasarkan kaedah pensampelan yang dibuat oleh Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan.

"Kita ada pakar lain yang mengatakan air dari bekas lombong selamat digunakan dan ujian yang dijalankan oleh ahli kimia turut mendapati perkara sama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program khas bersama rakyat di sini hari ini.

Sebelum ini Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling Malaysia, Prof Datuk Dr Zaini Ujang yang juga bekas Naib Canselor serta Profesor Pelestarian Air di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dilaporkan berkata langkah kerajaan Selangor mendapatkan bekalan air mentah dari bekas lombong tidak sesuai kerana ia mungkin boleh menyebabkan penyakit kulit.

Dr Zaini dilaporkan berkata kajian yang dilakukannya sebelum ini mendapati air bekas lombong tidak bermasalah jika diambil pada bahagian permukaan tetapi jika disedut hingga ke dasar, bahan logam berat akan turut disedut sekali.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata kerja-kerja mengepam air dari kolam-kolam bekas lombong telahpun dimulakan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air ketika ini dengan lapan pam air berkeupayaan tinggi yang  setiap satunya mampu mengepam jumlah air sebanyak 50 juta liter sehari.

Katanya, pihaknya menjangkakan untuk mengepam antara 700 hingga 900 juta liter sehari dalam masa terdekat.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum ini meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membina infrastruktur bagi kerja-kerja mengepam air dari bekas lombong atau kolam sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor.

Berhubung kenyataan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP yang dilaporkan mahu Abdul Khalid dipecat dari jawatannya berikutan kegagalan beliau menangani isu air, Abdul Khalid berkata beliau tidak mempunyai kuasa memintanyameletak jawatan. - Bernama
Quote yusryimran 4-5-2014 07:56 PM
Anak_Nogori posted on 4-5-2014 07:40 PM
dah jadi kerajaan..baru tahu kan...masa belum jadi kerajaan...sedap mulut je mengata itu ini..seka ...

betul2 aku setuju dengan kau

Quote Anak_Nogori 4-5-2014 07:59 PM
yusryimran posted on 4-5-2014 07:56 PM
betul2 aku setuju dengan kau

biar dia rasa apa yg dia dah lauhkan dan sekarang mereka terpaksa telan...
Quote Anak_Nogori 4-5-2014 07:59 PM
Pembaziran air terawat akibat wujud NRW tinggi
17 April 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
1
KUALA LUMPUR - Pembaziran air terawat kerap berlaku ketika pengagihan kepada pengguna berikutan kadar air tidak terhasil (NRW) yang tinggi.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, NRW itu berpunca daripada paip usang dan rosak yang menyebabkan kebocoran atau kehilangan fizikal.

"Mengambil contoh pada 2012, NRW di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah sebanyak 33.1 peratus daripada 4,300 juta liter sehari (JLH) bekalan air terawat untuk pengguna.

"Tetapi, dengan NRW tinggi, air terawat yang akan sampai ke pengguna ialah 2,876.7 JLH sahaja dan sebanyak 1,423.3 JLH air terawat terbazir semasa pengagihan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut beliau sekiranya satu pertiga daripada NRW ini dapat dielakkan, permintaan penggunaan air di setiap negeri dapat ditampung.

Piarapakaran berkata kadar kerugian tahunan disebabkan NRW di seluruh negara mencecah RM1.6 bilion.

Beliau berkata jumlah NRW berkemungkinan lebih tinggi ketika catuan air dilaksanakan berikutan wujudnya zon tekanan air berbeza.

Justeru pihaknya telah merangka sebuah pelan tindakan untuk mengatasi masalah NRW itu.

"Pelan tindakan pengurangan NRW yang dicadang pihak Awer untuk pihak kerajaan perlu dilaksanakan dari sekarang bagi membantu kehilangan air terawat secara berterusan," katanya.

Antara cadangan yang diberikan termasuklah menyatakan sasaran terperinci bagi setiap negeri dengan tempoh masa tertentu serta mengenal pasti kawasan kritikal, subkritikal dan tidak kritikal. - Bernama
Quote Anak_Nogori 5-5-2014 11:08 PM
Selangor tidak tolak Langat 2 tetapi hanya tangguhkannya

SHAH ALAM 5 Mei - Kerajaan Selangor tidak pernah menolak usaha kerajaan Persekutuan melaksanakan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bagi meningkatkan tahap perkhidmatan bekalan air bersih kepada

rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, sebaliknya kerajaan negeri hanya menangguhkan projek tersebut bagi memberikan tumpuan kepada penstrukturan industri perkhidmatan air yang telah dirancangkan sebelum ini.

"Kerajaan negeri turut menafikan kelewatan pelaksanaan Langat 2 antara punca masalah kekurangan bekalan air yang berlaku di negeri ini, sebaliknya masalah ini berpunca daripada faktor cuaca," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Selepas tertangguh sejak sekian lama, pembinaan projek Langat 2 dimulakan selepas kerajaan negeri Selangor memberi kebenaran merancang pada 26 Februari lepas.

Langat 2 mampu membekalkan air terawat sehingga 1,130 juta liter sehari kepada pengguna di Lembah Klang sehingga 2025.

Bagaimanapun Ahmad Yunus berkata, Langat 2 bukan penyelesaian sepenuhnya terhadap masalah kekurangan air kerana loji itu kelak hanya mampu membekalkan air kepada sebahagian pengguna sahaja. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... annya#ixzz30r0WvYg7
&#169; Utusan Melayu (M) Bhd

pasal tangguh lah lewat lagi langat 2 nak beroperasi..kalau tak dah hampir siap dah..
Quote honeybee1802 5-5-2014 11:38 PM
Sib baik hujan jugak tadi...panas betul hari ni....
Quote munchkin 6-5-2014 12:01 AM
Tapi penyokong kata bagus catuan ni. Cuba kalau pihak satu lagi buat, dah lama kena lAhar. Cerita 16 tahun dahulu pun diungkit sampai sekarang.

Bila artikel dulu kata 2014 mungkin ada masalah air,  dia kata pihak pihak tu keliru. Cukup air sampai 2019. Tak pulak dia ambil faktor mungkin ada kemarau, cam dia boleh predict masa depan takkan ada masalah kemarau. Taburan hujan cukup sampai 2019.

Bila professor kata kalau sedut ke dasar ada logam berat, dia kata selamat pulak. Patut sedut dulu. Lepas tu baru amik sampel dari air yang dah disedut. Bukan amik sampel di permukaan. Kalau tersedut logam berat sapa nak bertanggungjawab. Bila orang berpengetahuan bagi info, dia kata sebaliknya. Dia jelah yang pandai

Quote Anak_Nogori 6-5-2014 12:03 AM
munchkin posted on 6-5-2014 12:01 AM
Tapi penyokong kata bagus catuan ni. Cuba kalau pihak satu lagi buat, dah lama kena lAhar. Cerita 16 ...

nama pun macai...
Quote kgdangar 6-5-2014 12:08 AM
Anak_Nogori posted on 5-5-2014 11:08 PM
Selangor tidak tolak Langat 2 tetapi hanya tangguhkannya

SHAH ALAM 5 Mei - Kerajaan Selangor tida ...

kesian nye lah hai sumber pun amik from UTUSAN Meloya

ni lah dia ramai tak tahu nape kerajaan selangor tangguh projek Langat dua tuh.....ko tau nape? sbb nk kene cuci dulu najis2 dlm projek hancing BN tuh yg penuh politik kotor hingga menelan belanja yg tak masuk akal....kontraktor pun politik sumer pakat nk telan duit rakyat...tp media2 macai ni mn nk report bende2 gini...sendiri mau ingt ler



Quote munchkin 6-5-2014 12:09 AM
Anak_Nogori posted on 6-5-2014 12:03 AM
nama pun macai...

Semua wangi sempurna cantik elok molek ja
Quote jengkoil 6-5-2014 12:19 AM
Langat 2 ... langat 2. ..

kalau dah kering kontang kemarau...langat dua nak rawat apa ? Rawat silica jadi h2o?akai....?
Quote protonpersona 6-5-2014 12:31 AM
aku lagi suka kemarau  dari hujan je manjang...sbb aku memang keje outdoor...memang memerlukan cuaca yang kering...kalau hujan keje pun terbantut..

Quote Acong 6-5-2014 09:02 AM

Quote BotakChinPeng 6-5-2014 07:52 PM
Khalid dungu
Quote bangcak 6-5-2014 07:58 PM
Anak_Nogori posted on 4-5-2014 07:40 PM
dah jadi kerajaan..baru tahu kan...masa belum jadi kerajaan...sedap mulut je mengata itu ini..seka ...

Satu pihak
Dah jadi kerajaan baru tau.

Satu pihak lagi
Dah lebih 50taon jadi kerajaan masih taktau.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.054278 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top