CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Bunuh Teman Wanita Dan Bagi Anjing Makan

9-5-2014 09:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18743| Komen: 69

Brazil : Penjaga gol yang disebut-sebut bakal bermain untuk skuad Brazil dalam Piala Dunia 2014 semalam mengaku membunuh bekas teman wanitanya sebelum memberi cebisan mayat itu kepada anjing.

Bruno Fernandes De Souza, 28, sebelum itu dituduh membunuh Eliza Samudio bagi mengelak dipaksa menanggung saraan anak mereka yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan. De Souza sebelum ini menafikan terbabit dalam kematian Eliza, 25, tetapi ketika perbicaraan dilangsungkan di mahkamah semalam, bekas pemain kelab Flamengo itu menceritakan bagaimana pasangannya itu dibunuh.




Kata De Souza, kawan baiknya, Luiz Henrique Romao mengupah seseorang untuk membunuh Eliza. Walaupun tidak mampu mengarahkan bekas kekasihnya dibunuh, De Souza mengaku menerima bantuan Romao. De Souza dituduh merancang penculikan Eliza dan membunuh wanita terbabit dengan bantuan lapan orang lain, termasuk isterinya, Dayane, seorang lagi bekas kekasihnya, seorang sepupu dan bekas anggota polis, Marcos Santos.

Pendakwa berkata, De Souza melihat Santos menyeksa Eliza sehingga mati sebelum membantu bekas anggota polis itu memotong mayat mangsa. Sebahagian daripada cebisan mayat Eliza diberi kepada anjing De Souza sebagai makanan, manakala selebihnya ditanam di bawah lapisan simen. Dalam perbicaraan awal, Romao didapati bersalah membunuh Eliza dan dihukum penjara 15 tahun.

Santos pula akan mula dibicarakan bulan depan. Sebelum ditangkap, De Souza disebut-sebut akan berpindah ke kelab AC Milan.
Ketika disoal siasat, dia mendakwa, Eliza masih hidup dan berada di luar negara.




DE SOUZA menangis ketika menceritakan bagaimana Eliza dibunuh kepada mahkamah. Namun, dia memberitahu mahkamah di Contagem, sepupunya, Jorge Rosa, menyaksikan pembunuhan itu dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. “Selepas diculik, Eliza dibawa ke rumahnya di Belo Horizonte dan Santos yang diupah sebagai pembunuh menunggu di situ,” katanya.

Eliza yang didakwa pernah menjalin hubungan dengan bintang Real Madrid, Cistiano Ronaldo berselisih faham dengan de Souza selepas hamil akibat hubungan sulit mereka. De Souza dan Eliza bertemu kali pertama pada Mei 2009.








Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
10

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tykarib 8-5-2014 04:53 PM


Sexy look
Quote dani-rox 8-5-2014 05:00 PM
kesian eliza... downgrade btol bf ko dr si CR. dahlah muka buroks, pangai pon buroks ya amat. bini de souza tu pon jd bodow bersekongkol bunuh GF dia.
Quote tykarib 8-5-2014 05:00 PM


Gambar ni saja ke apa. cara mcm nk tgkap bola je
Quote tykarib 8-5-2014 05:04 PM
dani-rox posted on 8-5-2014 05:00 PM
kesian eliza... downgrade btol bf ko dr si CR. dahlah muka buroks, pangai pon buroks ya amat. bini d ...

kesian kan. hm knapa perlu potong bg anjing makan sadis nya. brazil n mexico mmg brutal la
Quote naina 8-5-2014 05:05 PM
kejamnya..seksa sampai mati pahtu bg anjing mkn
jahatnya.
Quote naina 8-5-2014 05:05 PM
tykarib posted on 8-5-2014 04:53 PM
Sexy look

lawala payudara sheolss
Quote kucen_miang 8-5-2014 05:06 PM
tak lawa. kesian.
Quote tykarib 8-5-2014 05:08 PM
kucen_miang posted on 8-5-2014 05:06 PM
tak lawa. kesian.

lawa la tu brazilian look
Quote chickenwing 8-5-2014 05:08 PM
paling kasian kat anak tu....abih tu bapaknya x mo kasi duit...mak plak mati....hrmm....
Quote dani-rox 8-5-2014 05:10 PM
@tykarib

hidup dlm keganasan... jantan nih kemungkinan besar taknak tanggung nafkah. ai baca selalunya penjenayah nak menghapuskan bukti dan mayat, derang bg makan kat anjing atau babi. hewan nih makan apa saja.
Quote batmana 8-5-2014 05:10 PM
kalau dia kt malaysia, ngku bunuh pun bole lepas..
Quote dubuk 8-5-2014 05:11 PM
untuk syok saja perempuan ini

bukan perempuan kesayangan
Quote tykarib 8-5-2014 05:12 PM
dani-rox posted on 8-5-2014 05:10 PM
@tykarib

hidup dlm keganasan... jantan nih kemungkinan besar taknak tanggung nafkah. ai baca sela ...

mmg x waras la.
Quote alinone78 8-5-2014 05:18 PM
Dia x sihat k sampai dok atas kerusi roda
Kenapa kawalan ketat sangat?
Quote miss_qasehs 8-5-2014 05:22 PM
sadisnya....smpai bg anjing makan...
Quote jazaa 8-5-2014 05:24 PM
alinone78 posted on 8-5-2014 05:18 PM
Dia x sihat k sampai dok atas kerusi roda
Kenapa kawalan ketat sangat?

dah bunuh org... ..bunu h pompuan je pun dah brp org yg terlibat.....
blh je dia upah org larikan dia klu tak dikawal ketat.....
brazil ekonomi sgt teruk.....ramai je yg sanggup buat jenayah.. Last edited by jazaa on 8-5-2014 05:26 PM

Quote tykarib 8-5-2014 05:26 PM
kes pemain bola di mlysia paling2 pun kes MAT YO  
Quote shanshero 8-5-2014 05:32 PM
Pempuan brazil biasanya gorges tapi
yang ni stok cap ayam
pempuan ni agresif n provokasi gak  nye
sebab tu kena bunuh. Kejem
Quote Centurion 8-5-2014 05:33 PM
Bg anjing mkn??? teringat aku kat akak vokuro

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.061031 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top