CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak Terima Mas Kahwin, Isteri Dibakar

9-5-2014 06:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8081| Komen: 50

Gambar hiasan


Kathmandu: Pihak polis Nepal sedang mencari seorang lelaki dan bapanya kerana dituduh membakar isterinya   kerana berang tidak menerima mas kahwin.
Polis menuduh Farid Sheikh dan ibu bapanya menuang minyak tanah ke atas wanita berusia 25 tahun yang mengandung tujuh bulan itu dalam cubaan memeras harta, termasuk  motosikal dan kerbau dari keluarganya.


“Ketika kejadian bulan lalu, mereka membawa mangsa ke India untuk dirawat dengan berkata wanita itu kemalangan,” kata jurucakap polis Prem Basnyat kepada AFP.

Selepas keadaannya bertambah teruk dan mengalami keguguran, bapa mangsa mengetahui perkara sebenar dan meminta polis memfailkan tuduhan jenayah ke atas keluarga besannya di daerah Banke, barat Nepal.

“Kami merakamkan kenyataannya semalam (Isnin), tetapi suami dan bapa mentuanya melarikan diri.

“Kami menjalankan operasi memburu mereka,” kata Bansyat.

Kumpulan hak asasi manusia tempatan berkata, mereka membawa mangsa ke sebuah hospital di Kathmandu.

Wanita itu kini berada dalam keadaan kritikal dengan seluruh bahagian bawah badannya berbalut.

Mangsa menceritakan bagaimana suaminya “menderanya setiap hari kerana tidak memberikan mas kahwin. Suaminya turut mencucuh rokok pada kemaluannya,”  kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Aktivis Nepal telah lama menggesa supaya hukuman lebih berat dikenakan ke atas pesalah keganasan berkait dengan mas kahwin.

Mereka berkata, tradisi pengantin perempuan memberikan hadiah dan bayaran kepada suami dan keluarganya supaya perkahwinan boleh dilangsungkan masih lagi diamalkan di negara seperti Nepal, India dan beberapa yang lain walaupun ia sudah diharamkan secara rasmi. 


Bagus
3

Marah
5

Terkejut
4

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mommymonster82 8-5-2014 12:55 AM
Ya Allah.... Jahatnyaaaaaa!!!!!!!!
Quote munchkin 8-5-2014 01:04 AM
Salam takziah
Quote alinone78 8-5-2014 01:07 AM
Berapa mas kahwinnya?
Ni la hindu...ada ka pompuan bagi mas kahwin kat laki
Quote slavehunter 8-5-2014 01:13 AM
Cehh pompuan kene bagi mas kawin...
Quote clarizsa 8-5-2014 01:16 AM
baca tajuk pun dah tau sapa.... ngokngek tul..
Quote clarizsa 8-5-2014 01:16 AM
kesian bini n baby dlm perut tu....
Quote mysara 8-5-2014 01:21 AM
pompuan kathmandu oooiiii...
ko tok sah kahwin!! mai dtg keroje kat Malaysia nih
jadi nanny pun tak pe drpd diseksa oleh suami laknat!
Quote ultra78 8-5-2014 01:23 AM
set2 tu memang bakar aje keje dia
Quote dani-rox 8-5-2014 01:24 AM
barbaric culture... mak mertua pon join sama mendera. gila betol.
Quote roblucci 8-5-2014 02:27 AM
slavehunter posted on 8-5-2014 01:13 AM
Cehh pompuan kene bagi mas kawin...

tarak tulur
Quote shernazz 8-5-2014 03:28 AM
Kat mesia pung ada..member aku org benggali..habis rm100k untuk beli perabot n barang lain untuk mertua dia
Quote mbhcsf 8-5-2014 06:30 AM
wow , grosteque!!! ni apa ni ,  zalimnya .

mas kahwin ? bride price pihak wanita  yg bayaq ye  dalam ritual perkahwinan mereka?

I see.


kejap - apa nama amalan yg mana kalau suami si balu meninggal dan wanita juga dimatikan dengan membakar tu  yang Philleas Fogg Nampak dalam around the world in 80 days?

dah diharamkan kan?


hmm...interesting.  Pity the bride, naya habis.
Quote GhostWalking 8-5-2014 07:11 AM
Ini culture yang dah tak boleh di terima pakai.macam juga ada certain culture melayu yang kadang tu aku rasa dah elok sangat tak diamalkan
Quote intriQue 8-5-2014 07:30 AM
Apa kejam sgt ni????
Isteri sarat mengandung lak tu
Quote DayangKirana 8-5-2014 08:06 AM
cucuh dgn rokok?

Mmg jantan tak guna..ape kata cucuh plak rokok kat anu dia..tgk mengelentin ker tak..

kesian baby..syurgalah untukmu sayang..
Quote rosa_canina 8-5-2014 08:08 AM
jahatnya
cucu ko kot dlm kandungan tu
Quote R2D2 8-5-2014 11:42 AM
India Malaysia rasanya tak mcm tu kan?
ke perempuan kena byr maskawin?
Quote jazaa 8-5-2014 12:03 PM
Masa tempat kerja lama aku dulu, ada sirang india minta kerja jadi Accounts Exec,  bila tanya expected salary dia kata rm1 k pun cukup sbb isteri dia doktor, dah bg dowry kat dia, ada rumah, kereta semua...jadi gaji dia tu untuk pocket money je.......aku yg dgr pun gelak.....sian meenachi, meenachi ni.....
Quote annehuda 8-5-2014 12:07 PM
hari tu aku penah tny la gak kt puak rohingya ni yg keje kt site aku. die sibuk nk OT sbb nk adik die nak kawen so keluarga pengantin pompuan nk motor. aku tnyla ngape mcm tu plak kan? die ckp tu tandanye perempuan rohingya tu taraf die tinggi sbb die bukan utk dijual, tak mcm pompuan malaysia ni lelaki byr hantaran mcm nk beli pompuan je.

ah poddaaaciiitt psl budaya ko tu lah ko jadi gelandangan kt malaysia ni tau

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.042336 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top