CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Br1m: Cadangan Gantikan Tunai Dengan Kupon Atau Baucar

12-5-2014 05:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10683| Komen: 44


KUALA LUMPUR - Kaedah pengagihan insentif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara tunai perlu dikaji semula bagi memastikan wang yang diterima oleh penerima bantuan dibelanjakan untuk tujuan yang sepatutnya.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizzuddin Nooh berkata, antara lain, kerajaan boleh mempertimbangkan penggunaan kupon atau baucar yang hanya boleh ditebus untuk barangan tertentu sahaja.

Menurut beliau, kaedah itu adalah serupa dengan mekanisme Program Bantuan Khasiat Tambahan (SNAP) yang dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS) sejak lebih 50 tahun lalu.

“program yang dahulunya dikenali sebagai ‘Food Stamp’ itu merupakan sistem yang terbaik untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar.

“penerima bantuan dan peniaga sukar memanipulasi kupon yang diterima di bawah program tersebut kerana ia hanya boleh ditukar dengan makanan di premis-premis perniagaan tertentu sahaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md. Akin me-minta Kementerian Kewangan membentangkan kajian penilaian risiko di Dewan Rakyat berhubung kaedah pengagihan wang BR1M bagi memastikan bantuan itu tidak diseleweng atau tersalah bayar.

Langkah itu katanya, sebagai bukti tiada penipuan berlaku untuk bantuan kerajaan yang menggunakan peruntukan berbilion ringgit.

Mohamad Noorizzuddin menambah, kaedah penebusan insentif BR1M menerusi kupon atau baucar itu boleh dilaksanakan mulai tahun hadapan.

"Bagi memastikan keberkesanannya, kupon atau baucar itu hanya boleh ditebus di premis-premis perniagaan tertentu seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan untuk membeli barangan keperluan asas sahaja contohnya lampin bayi, susu dan makanan," katanya.

Beliau turut menyarankan agar maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan penerima dicetak pada kupon atau baucar untuk memastikan hanya individu yang layak boleh melakukan penebusan.

20

Bagus
13

Marah
19

Terkejut
15

Sedih
14

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 12-5-2014 02:43 PM
Awat dari dulu lagi takmo buat...? Ker meme tak terpikir nak buat?
Quote amiraira 12-5-2014 02:51 PM
dh terantuk baru tengadah...
Quote shernazz 12-5-2014 02:52 PM
kalo baucar tu hanya valid di kedai rakyat 1 mesia saja, x guna juga
kalo tunai, ko boleh simpan kat asb ke, beli baju ke dll
Quote CiliPadiSedap 12-5-2014 03:01 PM
bg akak tak valid.

sebab kupon tu akan di rendahkan harganya.

maksud akak contoh dpt brim rm 350.

bila tukar kupon? barang2 yang tiada nilai atau pun dh mark up akan jd sandaran pada kupon.

sekali akak baca berita ni boleh agak game mereka.
Quote mizahanan 12-5-2014 03:05 PM
CiliPadiSedap posted on 12-5-2014 03:01 PM
bg akak tak valid.

sebab kupon tu akan di rendahkan harganya.

Setuju dgn akak cili.
Quote -electrifying- 12-5-2014 03:47 PM
KEPALA BAPAK KO, IDEA MCM ORG BANGANG.. NAMA DAN PANGKAT TGK MCM ORG TERPELAJAR, KO DAH HIDUP SNG, MNE NK TAW MNA PRO N CON. KO NK BUAT APA DGN KUPON TU BODOH, BUAT BYR PARKING PON KENA REJECT, STUPID BLOODY tut #@!^#*@!%#*!%**!


sori mod, terover emosional dgn org cmni
Quote najagung 12-5-2014 03:51 PM
naja langsung tak setuju
tunai boleh bayar bil, bayar saman
kupon nak beli ikan sayur kat pasar pon tak boleh
Quote najagung 12-5-2014 03:56 PM
kalu BR1M tukar dgn baucar dan kupon
PRU akan datang naja dan ahli keluarga semua takan undi BN
Quote Artemesiaa 12-5-2014 04:12 PM
Mesti ramai yang sentap tak boleh lagi guna duit br1m utk beli tiket ketebang, nyogo dan sewaktu denganya, Nak buat cam mana dah kupon br1m hanya boleh guna untuk beli makanan je.
Quote haryatie 12-5-2014 04:15 PM
leceh le pulak...
Quote kecimpret 12-5-2014 04:47 PM
mmg patut dari stat wat camtu..ni bila kasi cash komplen plak duit cash tu dibuat main judi
Quote dualchicks 12-5-2014 04:57 PM
Objektif sebenar  Percetakkan Nasional Malaysia Berhad aka PNMB dapat projek cetak baucer tuh
Quote kakikuDibibirmu 12-5-2014 05:05 PM
garangnya abang mierul
Quote batmana 12-5-2014 05:08 PM
food stamp.
org malaysia ni..cm tk caya aja.....ntah2 jual balik mknan tu, buat beli smartphone..
Quote R2D2 12-5-2014 05:31 PM
peluang projek utk cetak 6 juta kupon BR1M
Quote dragger 12-5-2014 09:25 PM
mcm2 lah

dah le aku x layak dpt Brem nih.. lantok ko le nak buat ape pun... janji benda tu telus tanpa ada ketirisan..



Quote ultra78 12-5-2014 09:31 PM
batmana posted on 12-5-2014 05:08 PM
food stamp.
org malaysia ni..cm tk caya aja.....ntah2 jual balik mknan tu, buat beli smartphone..

Jual kupon kat indon


Quote cubby_qt 12-5-2014 09:41 PM
Bagus juga.. mcm baucer buku 1m tu.. hanya utk buku rujukan jer.. tu pon ramai sentap sbb xleh beli brg2 lain dlm kdai buku spt mainn anak.. jajan.. dll...
Quote ajinomotonosuga 12-5-2014 09:48 PM
airfilterkotor posted on 12-5-2014 02:43 PM
Awat dari dulu lagi takmo buat...? Ker meme tak terpikir nak buat?

ekau silap jang..memang itu pun plan depa sebelum nak buat brim seme tuh

depa setup kedai2 1mesia kedai rakyat seme tu..ni seme ada main duit gak..dengonya mamak mydin konker

so buang je seme stok lama or nak clear the stok tu anto kedai rakyat

kendian claim barang berkualiti walo muroh..abahhhhh ko haasssang huduh !!

bila barang di kedai rakyat moves slooo pasal ppl tak bodoh kualiti dan tak kualiti..so what to do

ni ler the ending cite..ahaaa kita buat food stamp..kasik tunai seme ni kang kene tipu ahahahahaha ada 10001 macam tipu bleh pusing lorrr

now ko ada kupon brim..cuma valid kat kedai rakyat..kalo dia kata kupon tu layak pada beras lapok kedai rakyat ..wat to do?

kalo ko ada tunai brim..walo sikit barang dapat ko still puas hati kualiti..tapi kalo kupon?

dah ler barang tikus pun takmo makan tapi ko terpaksa amik gak nak get rid kupon

kendian depa sialan tu canang di media or parlimen kita berjaya elak penipuan dengan baucar br1m dan kedai2 rakyat semua habis stok kerana br1m

sapa yang seronok? gomen pasal dapat makan duit , mydin pasal dapat clear stok, kaki kipas ampu bodek seme2 dan sapa yang nangis dan terus nangis

yang waving brim vaucer tuh ler, nak selet bontot maybe kertas licin sangat ..glossy gitu kompeni sedarasemah buat so tokleh

dari buang gitu abuk tak dapat..baik amik je barang2 tu dan kalo ada kucing, setidaknya kucing kita tak kebulor, ada product kedai rakyat dari brim

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.062389 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top