MH370: Najib akui tersalah langkah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui tersalah langkah dalam pencarian pesawat MH370 dan menggesa negara lain mengambil pengajaran daripada insiden itu. Katanya, kesilapan itu berlaku walaupun Malaysia melakukan yang terbaik dalam “keadaan hampir mustahil” dalam menggembleng usaha 26 negara dalam misi itu. “Dalam beberapa hari pertama pesawat itu hilang, kami terlalu menumpukan kepada cubaan mencari pesawat dan tidak mengutamakan aspek komunikasi. “Pengendali trafik udara juga mengambil masa empat jam untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat,” kata Najib. Perdana menteri berkata demikian dalam tulisannya yang disiarkan di Wall Street Journal semalam. Forum : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=802702
|
ADVERTISEMENT